Resepi Kari Ayam | Memasak kari ayam sebenarnya tidaklah sesuakar mana. Bahan utamanya adalah daging ayam dan rempah ratus terpilih. Kepelbagaian rempah ratus yang digunakan inilah yang membuatkan rasa kari ayam Sis berbeza daripada kari ayam biasa. 



Kari Ayam Terlebih Sedap


Mana taknya... Mana taknya... Sis letak tiga atau empat jenis serbuk kari... lain brand... lain jenis. Sudah tentulah rasanya berbeza dan lebih nikmat gitew. 

Kuahnya yang likat dan rasa ayamnya yang empuk bukan setakat enak dimakan dengan nasi putih ataupun bihun rebus. Boleh juga dicicah dengan roti Gardenia ataupun Roti Jala. Memang sedap sangat-sangat.

Jom Cuba, Resepi Kari Ayam Sedap 


Tapi korang nie suka tak makan kari? Setahu sis, kari adalah makanan yang kaya dengan anti oksidan yang boleh mencegah pelbagai penyakit. Dan pernah dengar juga, ada yang kata, menikmati kari boleh mengurangkann efek stres oksidatif.

Korang tau tak apa yang dikatakan efek stress oksidatif tu? Ia merupakan suatu keadaan ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan dalam badan kita.Keadaan ini boleh membuatkan sel-sel dan juga tisu dalam badan kita menjadi rosak.


Perubahan gaya hidup dan pemakanan boleh membantu mengurangkan efek atau tekanan oksidatif dalam badan. So, menikmati kari adalah salah satu darinya. 

Jadi, tak silap besar la kalau kat rumah sis nie selang seminggu mesti masak kari! Tak kiralah kari ayam ataupun kari ikan. 

Campuran pelbagai jenis kari menyedapkan lagi rasa kari ayam

Nak tahu tak cara dan apakah bahan masak kari ayam ini?
Berikut Sis share Resepi Kari Ayam Sedap ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam 1/2 ekor 
  • 3 serbuk kunyit untuk mengaul ayam 
  • 3cm kulit kayu manis 
  • Sekuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga 
  • 5 helai daun kari 
  • 2 biji bawang besar dihiris halus (kalau malas nak tumbuk atau kisar) 
  • 1 biji bawang putih dihiris halus (kalau malas nak tumbuk atau kisar) 
  • 3cm halia- dihiris halus - jika malas nak tumbuk atau kisar :) 
  • 1 batang serai -diketuk-ketuk je @ sehelai daun pandan (ikut suka nak letak -dua-dua pun boleh.. salah satu pun boleh… sis suka letak kedua-duanya sekali. Lebih sedap gitu! Kalau dua-dua tak mahu... pun boleh tak yah letak...hihii) 
  • 1 sudu kecil kicap manis 
  • 1 sudu kecil sos tiram 
  • 1 stok ayam 
  • 2 biji kentang dibelah empat 
  • Santan cair (3 cawan)+ pekat (1/2 cawan) - kalau susah-susah pakai jer santan peket macam Sis :)p 
  • 1 sudu kecil air asam jawa 
  • 6 sudu besar serbuk kari ayam atau daging - bancuh dengan sedikit air (jenama apapun tak kisah… biasanya Sis suka campur-campurkan 3 atau 4 jenis serbuk kari 3 sudu besar cili kering kisar/giling (Sis memang meman tak pakai cili boh atau cili segera, nanti seisi rumah akan meragam sakit perut.) 

Baca Juga: Resepi Lempeng Kelapa Sedap


Rempah RatusTiga Serangai digunakan sebagai bahan penumis

P/S:
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya nampak macam banyak, tapi sebenarnya benda-benda tu memang selalu ada di dapur kita.

Macam rempah ratus tiga serangkai tu, kulit kayu manis, buah pelaga dan kulit kayu manis tu beli kat Giant/Tesco/pasar yang dah dipeket sekaligus. 

Tapi, kalau dah tak der, tak yah letak pun tak mengapa. Kita permudahkan apa yang boleh dipermudahkan gitew...

Potong ayam mengikut selera masing-masing

Cara Memasak:
1. Bersihkan ayam yang sudah dipotong mengikut selera sendiri. Sis suka basuh dengan tepung dan perahan air lemon atau limau kasturi untuk menghilangkan hanyirnya.

Kemudian barulah gaul dengan serbuk kunyit. (kalau ayam yang nak dimasak tu banyak, so lebihkanlah sikit bahan-bahan yang harus disediakan tu. Kena agak-agak sendirilah ya.)

2. Panaskan minyak. Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih dan halia tu sampai harum dan agak layu. Ingat tau… kalau malas kisar, macam Sis yang kadang-kadang terkurang rajin, Sis akan hiris-hiris je… Nak cepat! Haahahha…)


3. Kemudian masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang,serai dan daun pandan. Tumis lagi sampai berbau harum.

4. Lepas tu masukkan cili kisar,serbuk kari yang telah dibancuh air tu. Biar garing seketika. Kemudian masukkan stok ayam. Kacau-kacau. Letak sikit air kalau dah kering sangat.

5. Masukan daging ayam. Kacau sampai ayam dan kari tersebut sebati.

6. Bila tengok ayam tersebut macam dah kaku, masukkan santan cair dan serta kentang.

7. Masak sampai ayam matang dan kuahnya surut.

8. Bila ayam dan kentang sudah hampir masak, masukan santan pekat, daun kari, asam jawa, kicap manis dan sos tiram. Didihkan seketika.

9. Kemudian try lah rasa, kalau kurang masin tambahlah garam atau kicap manis. Kalau pekat sangat tambahlah sikit air ok.

10. Haa… dah siap pun! Dah boleh dinikmati. Nampak jer stepnya macam banyak, tapi sebenarnya kalau dah biasa nanti, kejap sahaja settle.

Ok, itulah perkongsian Resepi Kari Ayam Sedap yang selalu Sis masak di rumah. Selamat mencuba ya!