Resepi Serunding Ikan

KORANG PERNAH MAKAN ATAU MENCUBA RESEPI SERUNDING IKAN? RASANYA TETAP NIKMAT, SAMA SEPERTI SERUNDING AYAM DAN DAGING. MALAHAN,SERUNDING IKAN JUGA KAYA DENGAN NUTRISI!

Perpaduan rasa yang sangat enak antara ikan kepingan tuna pedas dalam minyak zaitun  Ayam Brand (dengan minyak) dan kelapa parut segar yang telah digoreng.Serunding ikan tuna ini boleh dijadikan alternatif untuk dinikmati bersama lemang dan juga ketupat ataupun nasi impit masa raya nanti. Letak atas roti pun sedap! :))

Jika korang rasa memasak serunding ini sesuatu yang melecehkan, jadi kat sini Sis kongsikan Resepi Serunding Ikan yang dibawakan oleh Ayam Brand™,  enak dan tidak meremehkan. Santai-santai sahaja korang memasaknya nanti. Hehe... heehehe... 

RESEPI SERUNDING IKAN TUNA Ayam Brand™

BAHAN-BAHAN:
(Untuk Dikisar:)
Bawang merah 60g
3 biji cili merah
2 batang serai
100ml minyak jagung atau minyak bunga matahari
2 tin Kepingan Tuna Pedas dalam Minyak Zaitun  Ayam Brand -
('Flakes Spicy Tuna in Olive Oil’ Ayam Brand™) - ambil dengan minyaknya sekali.
200g kelapa parut segar (bahagian putih sahaja)
½ sudu besar serbuk kunyit
150 ml air
50g gula lembut coklat
Garam secukup rasa
(hidangan kira-kira 300gram)

Resepi Serunding Ikan
Gunakan 2 tin Kepingan Tuna Pedas dalam Minyak Zaitun  Ayam Brand untuk resepi ini ya,
Kredit Foto: Mr.Google

CARA MEMASAK:
1. Gaul kelapa dengan serbuk kunyit dan goreng dalam kuali tanpa minyak sehingga hampir kering. Keluarkan dan ketepikan.

Resepi Serunding Ikan
Pastikan kita ambil bahagian putih kelapa parut tu sahaja tau...
Kredit Foto: Mr.Google

2. Dalam kuali yang sama, masak bahan yang telah dikisar dengan api yang sederhana sehingga permukaan pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan tuna dan minyak zaitun, 150 ml air dan gula, masak sehingga gula larut.

4. Seterusnya tambah kelapa goreng, garam jika perlu, dan terus goreng dengan api yang sederhana sehingga campuran menjadi kering.

5. Biar sejuk dan hidangkan bersama nasi putih panas atau roti putih mentega. Ia boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 1 minggu.

Ternyata resepi-resepi daripada Ayam Brand™ ini cukup sihat, mudah dan sedap. Sesuai sangat kita jadikan hidangan untuk Hari Raya ataupun Rumah Terbuka nanti.

Nak tahu lebih lanjut tentang Ayam Brand™ ini, korang boleh layari www.ayambrand.com.my

 
Resepi Serunding Ikan
Sangat enak untuk dimakan bersama roti, lemang mahupun nasi impit
Kredit Foto: Mr.Google
Okay selamat mencuba Resepi Serunding Ikan Tuna yang dibawakan oleh Ayam Brand™ . Semoga korang berhasil menyediakan hidangan yang cukup enak ini serta lain daripada selalu!

Berjumpa lagi di catatan akan datang. Taataaa… titiiii… Tutuuuuu….

Lurve,
Sis Anie Mohamed