Tercari-cari idea menu mudah untuk makan tengah hari atau malam? Resepi Sotong Masak Sambal ini pasti membangkitkan selera dengan kepedasannya yang padu dan rasa sotong segar yang enak.

Resepi Sotong

Cubalah Resepi Sotong Masak Sambal


Bahan-bahan yang diperlukan:


· 600g sotong segar

· 3 sudu besar minyak masak

· 2 biji bawang besar (ditumbuk atau dicincang halus)

· 1 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang halus)

· 1 inci halia (ditumbuk atau dicincang halus)

· 5 sudu besar cili kering kisar

· 1 sudu kecil gula

· 1 sudu kecil sos tiram

· 1 sudu besar kicap manis

· Sedikit air asam jawa

· 1 biji bawang Bombay (dipotong bulat)

· Garam secukup rasa


Cuba Juga:


Resepi Kerabu Mangga Bunga Kantan



Resepi Sotong


Cara-cara Memasak Sotong Masak Sambal


1. Sediakan sotong


Bersihkan sotong dan rendam dengan perahan limau kasturi atau limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir. Potong sotong ikut kreativiti (bulat atau kelar-kelar).

2. Menumis

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga kekuningan dan berbau harum.

3. Masukkan cili kisar

Tambahkan cili kisar dan kacau hingga sedikit garing. Boleh tambah sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan bawang Bombay dan kacau rata.

4. Masukkan sotong

Masukkan sotong, kicap, gula, dan sos tiram. Kacau perlahan-lahan supaya bahan perapan sebati.

5.Tambah asam jawa

Masukkan sedikit air asam jawa dan kacau hingga semua bahan sebati.

6. Masak hingga sotong empuk

Biarkan mendidih selama 2-3 minit sahaja supaya sotong tidak liat. Tutup api dan angkat.



Tips Penting:

· Kawal masa masak

Sotong hanya perlu dimasak sekejap sahaja, sekitar 2-3 minit untuk elak menjadi liat.

· Variasi

Boleh tambah petai untuk aroma yang lebih unik!


Resepi Sotong Masak Sambal ini memang mudah, cepat dan dijamin sedap! Sesuai untuk korang yang ingin memasak hidangan ringkas tetapi tetap lazat. Cubalah dan rasakan kelazatannya bersama keluarga tersayang!