BERUS
GIGI SEKARANG ADA BERMACAM-MACAM BENTUK, WARNA DAN REKAAN. PILIH SAHAJA YANG
MANA SATU KITA SUKA TERMASUKLAH JENAMANYA!
Ketika
Dea Marissa berusia 6 bulan,giginya dah mula tumbuh, Sis memang dah dedahnya
dengan tabiat suka memberus gigi. Ingat lagi masa tu, sibuk cari dan beli
berus gigiya.
Terdapat
bermacam-macam jenis berus gigi di
pasaran. Terpulang pada kita untuk memilih mana yang sesuai untuk buah hati kita.Tapi pastikan berus
gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut macam berus gigi Jordan.
![]() |
Berus gigi Jordon memang bagus untuk bayi dan juga kanak-kanak.Warna dan bentuknya juga menarik. |
Sis
suka berus gigi Jordan, selain berusnya lembut, pemegangnya juga sangat selesa
dan berguna jika ingin membersihkan bahagian dalam mulutnya. Ngam-gam, tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek.
Di
samping itu, jangan beranggapan bahawa bentuk berus gigi adalah rekaan
semata-mata. Ini adalah kerana bentuk
berus gigi sangat mempengaruhi cara kita dalam memberus gigi.Tak kiralah berus
gigi untuk bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa.
So, kalau nak beli berus gigi tu, bentuk
berus gigi perlu juga diberikan perhatian supaya kita boleh memberikan gerakan
ketika menggosok gigi dengan baik.
Pemegang berus gigi Jordan nie memberikan keselesaan buat si comel ketika memberus giginya. |
TEKNIK
MEMUJUK DEA MARISSA SUPAYA SUKA MEMBERUS GIGI
Memang
ambik masa sikit untuk memberus giginya nie. Kena nyanyi dulu. Kalau dah siap, memang kena puji-puji sikit. Sis kena buat aktiviti memberus
gigi ni sesuatu yang menyeronokkan buat Dea Marissa. Kalau tak, biasalah budak-budak kan... tentu liat semacam kan...
Apa
yang bestnya Dea Marissa nie pandai berkumur dan berludah.
Jadi,
tak adalah Sis risau sangat kalau dia tertelan sedikit ubat giginya. Sis pilih
ubat gigi yang tak ada florida atau rendah floridanya serta dirumus khas untuk
kanak-kanak.
Di sini Sis kongsikan video Dea Marissa yang selalu enjoy bila menggosok gigi dengan menggunakan berus gigi Jordan.
JORDAN' BABY TOOTHBRUSH REVIEW
![]() |
Kalau nak gigi bersih, sihat dan cantik macam gigi Dea Marissa, gunalah berus gigi Jordan tau! |
Itulah beberapa tips memilih berus gigi, semoga ianya membantu korang mendapatkan berus gigi yang sangat memanjakan mulut dan gigi, terutama buat buah hati korang.
Okay, sampai jumpa lagi.
Sayang selalu ya!
Lurve,
Sis Anie Mohamed.
2 Comments
hahahha lawa laa sengih marissa
ReplyDeletekih kih kih... menjadi eh... terlebih sengih syok menggosok gigi :p
Delete