Berus Gigi

BERUS GIGI SEKARANG ADA BERMACAM-MACAM BENTUK, WARNA DAN REKAAN. PILIH SAHAJA YANG MANA SATU KITA SUKA TERMASUKLAH JENAMANYA!

Sejak dulu lagi, Sis memang jaga bab kebersihan dan kecantikan gigi anak-anak.Begitu juga dengan soal memilih berus gigi.Memilih berus gigi yang tepat akan membantu kita dalam mendapatkan gigi yang baik.

Ketika Dea Marissa berusia 6 bulan,giginya dah mula tumbuh, Sis memang dah dedahnya dengan tabiat suka memberus gigi. Ingat lagi masa tu, sibuk cari dan beli berus gigiya.

Terdapat bermacam-macam jenis berus gigi  di pasaran. Terpulang pada kita untuk memilih mana yang sesuai untuk buah hati kita.Tapi pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut macam berus gigi Jordan.

Berus Gigi
Berus gigi Jordon memang bagus untuk bayi dan juga kanak-kanak.Warna dan bentuknya juga menarik.
Sis suka berus gigi Jordan, selain berusnya lembut, pemegangnya juga sangat selesa dan berguna jika ingin membersihkan bahagian dalam mulutnya. Ngam-gam, tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek.

Di samping itu, jangan beranggapan bahawa bentuk berus gigi adalah rekaan semata-mata. Ini adalah kerana bentuk berus gigi sangat mempengaruhi cara kita dalam memberus gigi.Tak kiralah berus gigi untuk bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa. 
So, kalau nak beli berus gigi tu, bentuk berus gigi perlu juga diberikan perhatian supaya kita boleh memberikan gerakan ketika menggosok gigi dengan baik.

Berus Gigi
Pemegang berus gigi Jordan nie memberikan keselesaan buat  si comel ketika memberus giginya.

TEKNIK MEMUJUK DEA MARISSA SUPAYA SUKA MEMBERUS GIGI
Memang ambik masa sikit untuk memberus giginya nie. Kena nyanyi dulu. Kalau dah siap, memang kena puji-puji sikit. Sis kena buat aktiviti memberus gigi ni sesuatu yang menyeronokkan buat Dea Marissa. Kalau tak, biasalah budak-budak kan... tentu liat semacam kan... 

Apa yang bestnya Dea Marissa nie pandai berkumur dan berludah.
Jadi, tak adalah Sis risau sangat kalau dia tertelan sedikit ubat giginya. Sis pilih ubat gigi yang tak ada florida atau rendah floridanya serta dirumus khas untuk kanak-kanak. 

Di sini Sis kongsikan video Dea Marissa yang selalu enjoy bila menggosok gigi dengan menggunakan berus gigi Jordan. 

               JORDAN' BABY TOOTHBRUSH REVIEW 



Berus Gigi
Kalau nak gigi bersih, sihat dan cantik macam gigi Dea Marissa, gunalah berus gigi Jordan tau!
Itulah beberapa tips memilih berus gigi, semoga ianya membantu korang mendapatkan berus gigi yang sangat memanjakan mulut dan gigi, terutama buat buah hati korang.
Okay, sampai jumpa lagi. 
Sayang selalu ya!


Lurve,
Sis Anie Mohamed.