SEBAGAI IBU SUDAH PASTI KITA
INGIN MEMBERIKAN PENJAGAAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK KITA. APATAH LAGI, JIKA SI
ANAK MASIH BAYI.TENTUNYA SAHAJA KITA AKAN MEMILIH PRODUK YANG TERBAIK UNTUK
KULIT BAYI, CONTOHNYA MACAM RANGKAIAN PRODUK BOTANECO GARDEN BABY INI.
Sebenarnya Sis baru
diperkenalkan dengan produk Botaneco Garden. Sebelum ini Sis pernah tulis pasal produk Botaneco Garden. Sis dah cuba
pakai syampu, perapi, body wash dan juga losyen badan daripada Botaneco Garden
yang mengandungi organic argan dan juga virgin olive oil.
Memang bagus dan nampak
keberkesanan khasiat organic argan (dari Morocco) dan virgin olive oil
(dari Spain). Masalah kulit kering serta kulit kepala gatal dan
berkelemumur akhirnya dapat Sis atasi
dengan mudah. So, korang yang belum cuba
tu, bolehlah try produk Botaneco Garden nie.
Tu lah bila Botaneco Garden
ni keluarkan produk penjagaan kulit dan rambut untuk bayi, Sis pun tak lepaskan
peluang untuk memberikan yang terbaik untuk kulit dan rambut Dea Marissa. Kulit Dea Marissa ni manja sikit, tak boleh salah pilih produk. Nanti akan muncul merah-merah, gatal ataupun iritasi pada kulit.
Moga-moga Dea Marissa terus serasi dengan Botaneco Garden Baby |
Dan apa yang membuatkan Sis
tertarik ialah kerana rangkaian produk Botaneco Garden Baby ini menggunakan
kandungan dari sumber alam semula jadi yang mampu memberikan perlindungan yang
terbaik untuk bayi kita.
Selain itu, ia turut menggunakan
bahan-bahan terpilih seperti estrak kamomil organic, oatmeal kolodial organik
serta minyak zaitun yang disahkan eko atau “eco-certified” yang sesuai untuk
kulit bayi. Formulasi produk Botaneco
Garden Baby ini juga dikatakan bebas daripada ‘parabens’, silikon, SLS, SLES, pewarna,
lanolin dan DEA.
Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal menggunakan gabungan unik Ekstrak Kamomil organik untuk melegakan kulit serta oatmeal koloidal bagi membantu melindungi lapisan kulit. Manakala minyak zaitun yang ‘eco-certified’ pula berfungsi melembabkan kulit dan rambut. Ia merangkumi produk cucian dari rambut hingga ke hujung kaki, losyen bayi dan krim muka dan badan bayi.
Ekstrak kamomil merupakan satu bahan popular dalam aromaterapi dan penjagaan kulit, yang juga boleh melegakan kulit. Keseluruhan rangkaian produk ini diformulasi dan dihasilkan di Australia.
Oatmeal koloidal memiliki kandungan kanji dan beta-glucan yang menjadikannya bersifat pelindung kulit dan menyimpan air. Ia juga mengandungi anti-oksidan dan kewujudan saponin di dalam oat menjadikannya satu agen pembersih, pelembab, penampan, selain memberi kelegaan.
![]() |
Khasiat minyak zaitun memang luar biasa. Terbaik! Kredit foto: Mr.Google |
Harga yang ditawarkan juga berpatutan,bermula daripada RM22.90 hingga RM31.90. Boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor: https://online.guardian.com.my
Ok, itu sahaja perkongsian cerita Sis kali ini. Sebelum berpisah, jom tengok gelagat Dea Marissa bila pakai losyen Botaneco Garden Baby :))
Lurve,
Sis Anie Mohamed
2 Comments
Thanks for sharing, boleh mengintai di guardian nanti.. 😄
ReplyDeleteCubalah kot-kot serasi dipakai... harganya pun ok hihihi...
Delete