Botaneco Garden Baby


SEBAGAI IBU SUDAH PASTI KITA INGIN MEMBERIKAN PENJAGAAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK KITA. APATAH LAGI, JIKA SI ANAK MASIH BAYI.TENTUNYA SAHAJA KITA AKAN MEMILIH PRODUK YANG TERBAIK UNTUK KULIT BAYI, CONTOHNYA MACAM RANGKAIAN PRODUK BOTANECO GARDEN BABY INI.


Sebenarnya Sis baru diperkenalkan dengan produk Botaneco Garden. Sebelum ini Sis pernah tulis pasal produk Botaneco Garden. Sis dah cuba pakai syampu, perapi, body wash dan juga losyen badan daripada Botaneco Garden yang mengandungi organic argan dan juga virgin olive oil.

Memang bagus dan nampak keberkesanan khasiat organic argan (dari Morocco) dan virgin olive oil (dari Spain). Masalah kulit kering serta kulit kepala gatal dan berkelemumur  akhirnya dapat Sis atasi dengan mudah. So, korang yang belum cuba tu, bolehlah try produk Botaneco Garden nie.

Tu lah bila Botaneco Garden ni keluarkan produk penjagaan kulit dan rambut untuk bayi, Sis pun tak lepaskan peluang untuk memberikan yang terbaik untuk kulit dan rambut Dea Marissa. Kulit Dea Marissa ni manja sikit, tak boleh salah pilih produk. Nanti akan muncul merah-merah, gatal ataupun iritasi pada kulit. 

Botaneco Garden Baby
Moga-moga Dea Marissa terus serasi dengan Botaneco Garden Baby

Dan apa yang membuatkan Sis tertarik ialah kerana rangkaian produk Botaneco Garden Baby ini menggunakan kandungan dari sumber alam semula jadi yang mampu memberikan perlindungan yang terbaik untuk bayi kita.

Selain itu, ia turut menggunakan bahan-bahan terpilih seperti estrak kamomil organic, oatmeal kolodial organik serta minyak zaitun yang disahkan eko atau “eco-certified” yang sesuai untuk kulit bayi. Formulasi produk Botaneco Garden Baby ini juga dikatakan bebas daripada ‘parabens’, silikon, SLS, SLES, pewarna, lanolin dan DEA.

Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal menggunakan gabungan unik Ekstrak Kamomil organik untuk melegakan kulit serta oatmeal koloidal bagi membantu melindungi lapisan kulit. Manakala minyak zaitun yang ‘eco-certified’ pula berfungsi melembabkan kulit dan rambut. Ia merangkumi produk cucian dari rambut hingga ke hujung kaki, losyen bayi dan krim muka dan badan bayi.

Ekstrak kamomil merupakan satu bahan popular dalam aromaterapi dan penjagaan kulit, yang juga boleh melegakan kulit. Keseluruhan rangkaian produk ini diformulasi dan dihasilkan di Australia.
Oatmeal koloidal memiliki kandungan kanji dan beta-glucan yang menjadikannya bersifat pelindung kulit dan menyimpan air. Ia juga mengandungi anti-oksidan dan kewujudan saponin di dalam oat menjadikannya satu agen pembersih, pelembab, penampan, selain memberi kelegaan.


Btaneco Garden Baby
Khasiat minyak zaitun memang luar biasa. Terbaik!
Kredit foto: Mr.Google
Minyak zaitun kaya dengan anti-oksidan seperti squalene yang terkenal dengan manfaatnya untuk membantu melindungi dan melembapkan kulit. Kandungan perapi dalam minyak zaitun membantu melembabkan kulit kepala serta kulit.


Harga yang ditawarkan juga berpatutan,bermula daripada RM22.90 hingga RM31.90. Boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor: https://online.guardian.com.my

Ok, itu sahaja perkongsian cerita Sis kali ini. Sebelum berpisah, jom tengok gelagat Dea Marissa bila pakai losyen Botaneco Garden Baby :))


Lurve, 
Sis Anie Mohamed