Hot Egg Sandwich



SIBUK TAK TERKATA. KALAU DAH BANYAK KERJA, MACAM-MACAM CARA ATAU TRIK YANG PERLU DIBUAT SUPAYA TAK LAMA DI DAPUR. DAN, YANG PASTINYA MENU SIMPLE! SO, JOM CUBA RESEPI HOT EGG SANDWICH YANG CUKUP MUDAH UNTUK DISEDIAKAN.

Walaupun gigih dan ketagih kerja, dapur tetap juga harus berasap. Banyak perut yang minta diisi, lebih-lebih lagi anak-anak. Tak sempat, penat dan sebagainya bagi Sis bukan alasan untuk menutup dapur daripada tidak berasap! 

Lagipun mem baking dan men coking tu terapi stress paling mujarab buat Sis, jadi bab-bab memasak nie insya-Allah. Sibuk macam mana pun, Sis akan cuba juga menyediakan hidangan untuk keluarga tersayang. Walaupun tak sehebat mana beraksi di dapur, tapi Sis tetap gigih gitew!!! 

Okay.... Jika malas, alaaa.... buat sahaja menu yang simple-simple. Janji, ia adalah 'air tangan' daripada kita sendiri. Itu lebih bermakna! So, jom try resepi  Hot Egg Sandwich ni! 

Hot Egg Sandwich
Nilah rupa Roti Hot Dog ya...
Kredit foto: Mr.Google

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* Roti Hot Dog
* Sedikit mentega
* Bawang bombay /tomato/(ikut suka hati sendiri untuk intinya ya  nak letak daging cincang…sosej pun boleh..-tapi yang Sis buat nie telur)
* Mayonis
* Telur
* Susu cair
* Cheese 
* Mozzarella
* Sos cili
* Mustard
* Sedikit garam
* Sedikit white pepper


CARA MEMBUATNYA:

1. Mula-mula belah dua roti hot dog tu. (tak kisahlah nak potong putus ke tak… ikut suka hati)

2. Then, sapukan mentega bahagian dalam tu… telungkupkan kat pan.Ala-ala bakar kejap. Ketepikan.

3. Buat telur hancur pula.  Pukul telur (sebiji untuk satu roti hot dog), letak garam, susu dan mayonis serta bawang bombay tu.Pukul-pukul manja sampai sebati.


Hot Egg Sandwich
Hancurkan telur....
Kredit foto: Mr.Google
4. Kemudian, curah dan hancurkan dalam pan yang telah di isi sedikit mentega tu. Ketepikan.

5. Lepas tu, sumbatlah dalam roti tadi. 

6. Kemudian bahagian atasnya letak cheese, mozzarella, mayonis, sos cili,white pepper dan mustard mengikut kreativiti sendiri.

Hot Egg Sandwich
Terasa kenikmatan Mozzarella Cheese :)p
Kredit foto:Mr.Google

7. Terakhir, masukkan dalam mikrowave selama 3 saat. Sekadar untuk memanaskan mencairkan bahan-bahan tersebut.

8. Ok dah siap pun… dah boleh dihidangkan.


Hot Egg Sandwich
Cuba tau Resepi Hot Egg Sandwich ni... 
Senang sangat kan nak buat Hot Egg Sandwich ni. Selamat mencuba resepi nih. Nanti Sis share lagi resepi yang simple dan pasti jadi kalau korang buat. Haahaha...


Sekian dulu. Jumpe lagi nanti. Tataaaa....

Lurve,
Sis Anie Mohamed