SIBUK TAK TERKATA. KALAU DAH BANYAK KERJA, MACAM-MACAM CARA ATAU TRIK YANG PERLU DIBUAT SUPAYA TAK LAMA DI DAPUR. DAN, YANG PASTINYA MENU SIMPLE! SO, JOM CUBA RESEPI HOT EGG SANDWICH YANG CUKUP MUDAH UNTUK DISEDIAKAN.
Lagipun mem baking dan men coking tu terapi stress paling mujarab buat Sis, jadi bab-bab memasak nie insya-Allah. Sibuk macam mana pun, Sis akan cuba juga menyediakan hidangan untuk keluarga tersayang. Walaupun tak sehebat mana beraksi di dapur, tapi Sis tetap gigih gitew!!!
Okay.... Jika malas, alaaa.... buat sahaja menu yang simple-simple. Janji, ia adalah 'air tangan' daripada kita sendiri. Itu lebih bermakna! So, jom try resepi Hot Egg Sandwich ni!
Nilah rupa Roti Hot Dog ya... Kredit foto: Mr.Google |
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* Roti Hot Dog
* Sedikit mentega
* Bawang bombay /tomato/(ikut suka hati sendiri untuk intinya ya nak letak daging cincang…sosej pun boleh..-tapi yang Sis buat nie telur)
* Mayonis
* Telur
* Susu cair
* Cheese
* Mozzarella
* Sos cili
* Mustard
* Sedikit garam
* Sedikit white pepper
* Sedikit white pepper
CARA MEMBUATNYA:
1. Mula-mula belah dua roti hot dog tu. (tak kisahlah nak potong putus ke tak… ikut suka hati)
2. Then, sapukan mentega bahagian dalam tu… telungkupkan kat pan.Ala-ala bakar kejap. Ketepikan.
3. Buat telur hancur pula. Pukul telur (sebiji untuk satu roti hot dog), letak garam, susu dan mayonis serta bawang bombay tu.Pukul-pukul manja sampai sebati.
Hancurkan telur.... Kredit foto: Mr.Google |
4. Kemudian, curah dan hancurkan dalam pan yang telah di isi sedikit mentega tu. Ketepikan.
5. Lepas tu, sumbatlah dalam roti tadi.
6. Kemudian bahagian atasnya letak cheese, mozzarella, mayonis, sos cili,white pepper dan mustard mengikut kreativiti sendiri.
Terasa kenikmatan Mozzarella Cheese :)p Kredit foto:Mr.Google |
7. Terakhir, masukkan dalam mikrowave selama 3 saat. Sekadar untuk memanaskan mencairkan bahan-bahan tersebut.
8. Ok dah siap pun… dah boleh dihidangkan.
Cuba tau Resepi Hot Egg Sandwich ni... |
Sekian dulu. Jumpe lagi nanti. Tataaaa....
Lurve,
Sis Anie Mohamed
1 Comments
gitewww
ReplyDelete