Tengok Youtube

HARI-HARI TAK PERNAH BOSAN TENGOK YOUTUBE!
TERNYATA DI ERA TEKNOLOGI HARI INI, HIDUP KITA MEMANG SANGAT DIPERMUDAHKAN. SEGALA INFORMASI YANG DAHULUNYA SUKAR UNTUK DIPEROLEH KINI MENJADI SANGAT MUDAH.


Sungguhpun begitu, kita kena ingat bukan semua informasi berguna atau bermanfaat untuk kita. Sebagai pengguna laman maya, kita kenalah pandai-pandai memilih, mana yang elok dan tidak.

Sis pun suka tengok youtube. Hari-hari memang tak pernah ‘miss’ buka YouTube. Tak Sis nafikan, kini halaman Youtube telah mengganti peranan televisyen dalam kehidupan Sis. Wahh… sampai macam tu sekali hehe… heheh…

Bukan apa, kat mana dan sesiapa jer boleh menontonnya. Tanpa mengira waktu. Dah tu banyak pula channel yang boleh kita tengok kat Youtube.

Pelbagai jenis konten yang boleh kita jumpa, termasuklah tutorial mekap, pakai tudung, memasak sampailah ke perkara-perkara yang tidak penting. Macam-macam ada!

Sebagai pengguna atau penonton kita kenalah lebih selektif dalam memilihnya. Jika dipergunakan secara baik dan bijak, insya-Allah kita akan dapat meraih banyak kebaikan daripada tengok Youtube nie.
Tengok Youtube
Tak sangka PPZTV pun termasuk dalam channel youtube yang aktif.... Banyak info yang Sis tak tahu, jadi tahu...

CHANNEL YOUTUBE PALING SIS SUKA
Kalau tanya Sis suka tengok Channel Youtube apa, dah tentulah Sis suka yang informatif dan berwawasan supaya dapat menambahkan pengetahuan serta semangat Sis untuk meneruskan kehidupan ini.

Di samping itu, Sis suka juga menonton video-video tentang toturial mekap dan hijab, masakan, muzik, senaman, DIY (Do it yourself) dan juga drama-drama Korea, yang mana para pelakonnya yang Sis minat! Haha.. hahaha…

Kadang-kadang apa yang buat Sis terharu, ada juga video-video lama yang pernah Sis tengok zaman-zaman muda remaja dulu dapat Sis tengok kembali. So, terimbaulah kembali kenangan dahulukala.

Dalam pada bersuka ria tengok mcam-macam kat Youtube tu, selalunya pada sebelah malam sebelum tidur Sis suka layan channel Youtube yang berunsurkan Islamik. Ada ramai penceramah yang Sis suka.

Channel-channel yang bermanfaat macam ni memang elok untuk kita tengok, secara tak langsung mampu mendidik kita dan keluarga menjadi lebih baik. Kita juga boleh mendapat informasi perkembangan dunia islam daripada sumber yang boleh dipercayai.

Misalnya baru-baru ni Sis ‘termelayan’ Channel daripada PPZTV. Rupa-rupanya PPZTV ini termasuk channel yang aktif menyalurkan berita-berita yang sangat berguna untuk masyarakat. Bahkan ianya turut membangunkan kesedaran kita sebagai masyarakat Islam tentang kepentingan menunaikan zakat.

So, korang jangan lupa tengok Youtube daripada PPZTV. Mungkin ada perkara yang kita tak tahu, kita akan jadi lebih tahu dan faham. Lagipun membayar zakat ini bukan sekadar satu kewajipan, malahan ia merupakah salah satu daripada rukun Islam yang kelima.


Tengok Youtube
Sejak terjumpa PPZTV ni, hari-hari Sis melayan channel ni, terlalu banyak info berguna dan korang patut tengok juga tau.. 
Sis teruja dengan video-video yang dipaparkan. Banyak perkara tentang zakat yang selama ini Sis tak tahu, jadi tahu. Segala cerita yang digembar-gemburkan dan buat Sis ragu-ragu kini terjawab kebenarannya. Tak adalah lagi Sis meneka dalam kesamaran... Hehe...  Jadi, Sis nak share dengan korang semua beberapa videonya.

CUBALAH TONTON SEJENAK ANTARA VIDEO DARIPADA PPZTV INI. VIDEONYA SANGAT BERMANAFAAT. MASYA-ALLAH!









Okaylah sekian sahaja perkongsian cerita Sis kali ini. So, korang jangan lupa tengok Youtube daripada PPZTV. Semuanya percuma dan share lah dengan kawan-kawan serta saudara mara. Perkara yang baik apalah salahnya kalau kita menyebarkannya kan... Dapat juga pahala!

Untuk itu, share lah Channel ni kat Facebook, Istagram ataupun Twitter korang ya. Chop!  Jangan lupa juga Subscribe Channel Youtube: https://www.youtube.com/user/ppztv


Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.


Lurve,
Sis Anie Mohamed