Resepi Pajeri Nenas


NENAS BUKAN SAHAJA SEDAP DIMAKAN MENTAH-MENTAH, TAPI ENAK JUGA KALAU DIBUAT PAJERI. SO, DIKONGSIKAN RESEPI PAJERI NENAS YANG SUPER SEDAP!

Sebelum ni Sis ada kongsikan juga Resepi Pajeri Nenas kan... Tapi tu resepi Sis masak pajeri nenas dengan cara Sis sendiri. Pakai nenas yang segar hampir masak. 

Hahhaa… cuma kali ini Sis ingin menikmati kelainan sikit dengan Resepi Pajeri Nenas yang dibawakan oleh Ayam Brand ini. Memang laju, memang cukup mudah untuk memasaknya. Bahan-bahan yang diperlukan juga tak banyak dan sangat-sangat ringkas. 

Sedap jugak tau walaupun pakai kiub nenas dalam tin. Moh, kita cuba RESEPI PAJERI NENAS



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
410g Ayam Brand™ Kiub Nenas. drained
3 sudu besar Serbuk Kari Daging Ayam Brand™, tambah air untuk membuat pes
200ml Santan Ayam Brand™
3 sudu besar minyak
1 1/2 inci kulit kayu manis
4 biji bawang merah, dihiris halus
1/2 inci halia
4 sudu besar kerisik
2 cili hijau, dibelah dua
200ml air
Garam dan gula secukup rasa

Resepi Pajeri Nenas
Santan Ayam Brand ni memudahkan kerja-kerja memasak Sis.. hehehe... Luv it!


CARA MEMASAKNYA:

1.Mula-mula kita panaskan minyak dalam kuali.

2. Kemudian kita masukkan pula kulit kayu manis, bawang merah dan halia, tumis sehingga naik bau wanginya.

3. Selepas tu masukkan pula pes kari dan gorenglah sehingga naik atau pecah minyak.

4.Kalau dah pecah minyak, bolehlah masukkan nenas dan cili hijau.

5. Kacau-kacau biar ke semua bahan tu berbaur sebati. 

6. Kemudian, tambah air, masukkan kerisik dan santan.Tambah garam dan gula secukup rasa.

7. Masaklah sehingga kuahnya menjadi pekat. 

8.  Jika semua ok, rasanya dah cukup rasa bolehlah tutup api dan segera dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Pajeri Nenas istimewa daripada Ayam Brand ini. Pajeri Nenas ini sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi  tomato atau juga nasi putih.

Ada ikan masin dan sambal belacan, pasti terangkat! Hehehe…



Sekian sahaja. Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed