Taiwan Excellence Pavilion


BARU-BARU NI TELAH BERLANGSUNG TAIWAN EXCELLENCE PAVILION DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA. SIS PUN SEMPAT BERKUNJUNG KE SANA BAGI MELIHAT SENDIRI LEBIH 5,000 PRODUK PALING BERTEKNOLOGI DAN BERMUTU DARI TAIWAN.


Taiwan Excellence Pavilion



Penganjuran Taiwan Excellence Pavilion buat kali yang  kedua ini  bermula pada 10hb November dan berakhir 12hb lalu.Bermakna selama 3 hari kita berpeluang menyaksikan pelbagai produk keluaran Taiwan yang paling inovatif terutamanya dalam bidang ICT dan sektor kelengkapan rumah.

Taiwan Excellence Pavilion


Bagi peminat produk-produk teknologi Taiwan yang kreatif dan canggih, sudah pasti menantikan pameran inovasi ini. Lagipun ianya percuma, sesiapa sahaja boleh datang. Memang enjoy!

Taiwan Excellence Pavilion
Salah satu produk Taiwan yang Sis suka dan berangan nak memilikinya! :))p
Hari tu Sis berpeluang melihat produk-produk ICT yang berjenama termasuk Asus, MSI, Acer, dan Adata. Selain itu, ada juga pelbagai jenis produk gaya kehidupan termasuk basikal lipat Pacific, barangan penjagaan peribadi, kelengkapan penambahbaikan rumah serta peralatan senaman. Kalau ikut rasa hati, nak juga sambar satu dua barang. Tapi, memandangkan baru ‘tengah bulan’, kenalah kawal nafsu untuk berbelanja. Wahh.. gitew….

Taiwan Excellence Pavilion
Ramainya peminat Aiman Tino!


Sis datang ke  Taiwan Excellence Pavilion, masa 10 haribulan tu iaitu hari pelancaran event tersebut. Selain menyaksikan pelancarannya yang menampilkan produk-produk terbaik Taiwan, acara tersebut turut dimeriahkan dengan hiburan seperti persembahan penyanyi remaja Aiman Tino dan Youtuber popular Jinnyboy.


Taiwan Excellence Pavilion

Taiwan Excellence Pavilion

Perghh... ramai kot peminat Aiman Tino ni. Sis pun tumpang sekakilah teruja dengan kelunakkan suaranya. Tiga lagu tu Aiman Tino nyanyi. Mahu tak seronok, adik-adik yang minat sangat dengan Aiman Tino. 


                               Sis belanja sikit korang dengan video Aiman Tino pada hari event tu.



Selain itu, pengunjung yang datang juga  juga berkesempatan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang tiga hari event ini berlangsung. Hadiahnya pun best. Macam adik tu, menang lucky draw, dapat laptop. Memang rezekinya!

Taiwan Excellence Pavilion
Cabutan bertuah. Wow! Rezeki adik ni dapat laptop :))

Taiwan Excellence Pavilion
Banyak hadiah hebat buat pengunjung yang datang. Rugi siapa yang terlepas peluang ni!
Ternyata Taiwan Excellence Pavilion ini berjaya meningkatkan kesedaran dan kepercayaan masyarakat terhadap produk-produk Taiwan ini.

Taiwan Excellence Pavilion


Tak salah rasanya jika Sis katakan, Taiwan Excellence Pavilion ini mewakili keunikan dan kecanggihan produk-produk Taiwan dalam rekaan pembuatannya. Jom le sama-sama tingkatkan gaya hidup kita semua dengan produk-produk Taiwan! 

Taiwan Excellence Pavilion
Sis bersama blogger Kolin Zainal cuci-cuci mata apa yang best pada hari tu. :))
Sekian catatan Sis kali ini.
Jumpa lagi.

Lurve,

Sis Anie Mohamed