Suka makan petai tak? Kalau suka, sama macam sis dan bolehlah korang cuba Resepi Sambal Udang Petai yang dikongsikan ini.Bagi sis, udang dan petai ni adalah gandingan yang serasi dan memiliki aroma dan rasa yang tersendiri.

udang petai


Resepi Sambal Udang Petai

Nak lebih sedap, pastikan korang pilih udang yang segar dan petai yang tidak terlalu muda. Masakan yang satu ini pastinya akan menambah selera makan korang! Sedap sangat-sangat wey… hahaha… hahaha… Selain itu, pastikan korang pilih udang yang segar. Barulah sedap.


Baca Juga:

Resepi Cucur Udang Yang Sedap


Cara Nak Masak Sup Yang Enak



udang petai


Bahan-Bahan: 
· 750 gram udang (bersaiz sederhana)
· 4 papan petai (ikut suka nak kikis kulitnya atau ambil isinya sahaja)
· 2 biji bawang besar
· Sedikit halia
· 1 biji bawang putih
· 1 ½ inci belacan (nak letak belacan pun boleh)
· 1 sudu teh air asam jawa atau sekeping asam keping
· kicap/garam/gula/serbuk perasa secukup rasa.
· 8 sudu besar cili kisar (cili kering) 


udang petai
Kalau pakai cili kering kisar memang jauh lebih sedap berbanding menggunakan cili boh!

 

Cara Membuatnya:

1. Cuci bersih udang, buang kepala, tinggalkan ekor.


2. Panaskan minyak, tumis bahan bawang merah,bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk halus sehingga berbau wangi.


3. Kemudian, masukkan 5 sudu cili kisar, gaul sehingga sebati.


4. Setelah itu masukkan petai, garam, gula,kicap dan serbuk perasa. Gaul hingga rata, sampai petai setengah masak. 


udang petai
Petai pun kena yang fresh bukan yang dah layu atau terlalu muda... 


5. Masukkan sedikit air asam jawa.


6. Lepas tu, barulah masukkan udang, gaul rata.


7. Jika mengering, tambahkan sedikit air.


8. Jika sudah masak dan cukup rasa masin dan manisnya, bolehlah tutup api.


9. Angkat, kemudian bolehlah hidangkan bersama nasi panas. Nampak sedap kan... nak sambal udang petai tu jenis kering atau sedikit berkuah, mana-mana pun boleh ikut selera memasinglah ya.


Ternyata, memasak sambal udang petai ini bukanlah perkara yang terlalu sukar. Apatah lagi bahan-bahan yang digunakan tidak terlalu banyak dan mudah untuk didapati.


Jadi, jangan takut untuk mencuba resepi ini. Selamat mencuba antara menu kegemaran sis seisi keluarga. Gerenti menjadi punya!