Jika korang suka makan ayam panggang. Eloklah cuba rasa ayam panggang yang menggunakan resepi asli dari negara asalnya, Afrika Selantan.


Ayam Panggang


Ayam Panggang Galito’s


Kalau korang nak tahu, Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang menjadi pilihan mereka untuk memperkenalkan pelbagai hidangan enak dan istimewanya. Galito’s telah diperkenalkan oleh pengasasnya Louis Germishuys sejak tahun 1996 lagi. 

Dengan 150 buah restoran francais di 15 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, Louis Germishuys yakin setiap hidangan yang dibawakan Galito’s mampu menjadi kegemaran ramai, khususnya rakyat Malaysia.





Diperap Selama 24 Jam


Apa yang membuatkan ayam panggang Galito’s ini sedap dan enak dan berbeza sekali dengan ayam-ayam panggang lain? Ayam panggang Galito’s ini telah diperap selama 24 jam bersama herba dan rempah ratus terpilih yang segar dan semulajadi. Kemudian ianya dipanggang dengan api yang sempurna bagi mendapatkan hasil yang lebih enak untuk dinikmati.


5 Jenis Pilihan Ayam Panggang


Di samping itu, terdapat 5 pilihan jenis sos peri-peri Galito’s iaitu ‘Lemon & Herbs’, ‘Garlic,’ ‘Mild’, ‘Hot’ dan ‘Premium Reserve Extra Hot Sauce’.Tapi yang paling menambat tekak Sis ialah Premium Reserve Extra Hot Sauce’. Betul-betul terangkat tahap kepedasannya! Sedap! Memang kenalah bila dicicah dengan ayam panggang tersebut.


Apptizer menggabungkan hati ayam, potongan daging ayam, tomato dan juga salad. Boleh tahan sedapnya.


Liver and Roll. Bagi yang suka makan hati ayam, bolehlah order menu nie


Selain ayam panggang, Galito’s juga menyediakan hidangan sampingan seperti Sweet Potato Chips, Galibowl, Chilli Beans dan Liver and Roll.Bagi yang bawa anak-anak, jangan risau sebab di sini turut menyediakan hidangan buat anak-anak seperti pasta, burger, roti pita dan banyak lagi.

Bercakap tentang harga pula, bagi Sis amat berpatutan. Ayam panggang Galito’s dari harga RM11.50 (quarter potion) dan RM17.90 (half potion).Yang lain-lain, korang boleh jenguk-jenguk kat menu tu ya.


ayam panggang


Oklah, kalau dah datang ke e-Curve tu jangan lupa singgah ke Galito’s. Lokasinya terletak di G02-G03, (bersebelahan pintu masuk utama e-Curve) dan dibuka pada setiap hari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Selamat Menjamu Selera!