expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 8 December 2017

BELUM BAYAR ZAKAT? JOM SERTAI KEMPEN YEZ 2017 (Year End Zakat)


Kempen Yez 2017

HUKUM MEMBAYAR ZAKAT ADALAH WAJIB KALAU DAH CUKUP SYARAT-SYARATNYA. LAGIPUN ZAKAT MERUPAKAN SALAH SATU RUKUN ISLAM.

Selain zakat fitrah, sebagai seorang muslim kita juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat harta seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas dan lain-lain lagi.

Jadi, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) sentiasa menawarkan perkhidmatan terbaik buat para pembayar zakat yang mahu menunaikan tanggungjawab berzakat.

Justeru itu, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat)  ini dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat umum berzakat sebelum berakhirnya tahun 2017.

Kempen ini diadakan selama sebulan, bermula pada 1 haribulan Disember 2017 dan berakhir pada 31 Disember 2017 ini.

Kepada yang belum membayar zakat, cepat-cepatlah berzakat. Jangan buat tak endah, sebab itu adalah kewajiban kita sebagai seorang muslim.

Lagipun zakat merupakan salah satu cara untuk kita menyucikan harta yang kita miliki, selain daripada sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah.

Insya-Allah, hidup kita akan lebih tenang dengan keberkatan rezeki duit tersebut.


Kempen Yez 2017

CARA MUDAH BAYAR ZAKAT
Macam mana nak bayar zakat, tahun 2017 dah nak habis ni? Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. Bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Buat pengetahuan korang juga, pada 26hb hingga 3hb Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.


PELBAGAI KEISTIMEWAAN MENANTI
Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ MAIWP  iaitu CD  MAU’ IZATI   oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat.

Di samping itu juga,  Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP serta hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP

Satu cabutan bertuah dibuat pada setiap hari, bermula dari 1 hingga 29 Disember 2017. Manakala 20 cabutan bertuah pula dibuat pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

Bagi memeriahkan lagi suasana  di di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017 itu, turut ditampilkan maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO).

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkannya.


BAYAR  ‘ZAKAT ONLINE’ DAN MENANGI CABUTAN BERTUAH
Bagi korang yang tak berkesempatan nak bayar zakat di 11 kaunter yang telah PPZ-MAIWP sediakan tu, korang boleh juga membayarnya menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my 

Yang menariknya, korang berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan. Tunggu apa lagi? Cepatlah sertai, mana tahu ada rezeki korang untuk memenanginya.

Info selanjutnya korang boleh hubungi
Talian Zakat 1-300-88-5757

Ok sekian dulu catatan Sis. Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed




5 comments:

  1. yes...kena semak ni. kalau ada yang tertinggal tak laksana lagi huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau ada yang tertinggal, jangan lupa join kempen YEZ ni tau... ada banyak hadiah menarik yang menanti :)

      Delete
  2. Bagus info ni harus disedarkan kepada semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. semoga kita semua sama-sama beroleh manfaatnya.

      Delete