HUKUM
MEMBAYAR ZAKAT ADALAH WAJIB KALAU DAH CUKUP SYARAT-SYARATNYA. LAGIPUN ZAKAT
MERUPAKAN SALAH SATU RUKUN ISLAM.
Selain zakat fitrah, sebagai seorang muslim kita juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat harta seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas dan lain-lain lagi.
Jadi,
Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)
sentiasa menawarkan perkhidmatan terbaik buat para pembayar zakat yang mahu
menunaikan tanggungjawab berzakat.
Justeru
itu, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) ini dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat umum
berzakat sebelum berakhirnya tahun 2017.
Kempen
ini diadakan selama sebulan, bermula pada 1 haribulan Disember 2017 dan berakhir
pada 31 Disember 2017 ini.
Kepada
yang belum membayar zakat, cepat-cepatlah berzakat. Jangan buat tak endah, sebab
itu adalah kewajiban kita sebagai seorang muslim.
Lagipun
zakat merupakan salah satu cara untuk kita menyucikan harta yang kita miliki,
selain daripada sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah.
Insya-Allah,
hidup kita akan lebih tenang dengan keberkatan rezeki duit tersebut.
CARA MUDAH BAYAR ZAKAT
Macam
mana nak bayar zakat, tahun 2017 dah nak habis ni? Bersempena dengan kempen
ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017
termasuk cuti umum. Bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.
Buat
pengetahuan korang juga, pada 26hb hingga 3hb Disember 2017 pula, kaunter
PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.
PELBAGAI KEISTIMEWAAN MENANTI
Pelbagai
keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian
cenderahati khas di kaunter-kaunter PPZ MAIWP iaitu CD MAU’ IZATI
oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani,
Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat.
Di
samping itu juga, Buku Siri Rukun Islam
yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke
kaunter PPZ-MAIWP serta hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter
PPZ-MAIWP
Satu
cabutan bertuah dibuat pada setiap hari, bermula dari 1 hingga 29 Disember
2017. Manakala 20 cabutan bertuah pula dibuat pada tarikh 30 hingga 31 Disember
2017.
Bagi
memeriahkan lagi suasana di di kaunter
Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017 itu, turut ditampilkan maskot
Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO).
Jadi,
jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkannya.
BAYAR
‘ZAKAT ONLINE’ DAN MENANGI CABUTAN BERTUAH
Bagi
korang yang tak berkesempatan nak bayar zakat di 11 kaunter yang telah
PPZ-MAIWP sediakan tu, korang boleh juga membayarnya menerusi Portal PPZ-MAIWP
dengan melayari www.zakat.com.my
Yang
menariknya, korang berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.
Tunggu apa lagi? Cepatlah sertai, mana tahu ada rezeki korang untuk
memenanginya.
Info
selanjutnya korang boleh hubungi
Talian
Zakat 1-300-88-5757
Ok sekian dulu catatan Sis. Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Ok sekian dulu catatan Sis. Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
5 Comments
yes...kena semak ni. kalau ada yang tertinggal tak laksana lagi huhuhu
ReplyDeletebetul tu.. kalau ada yang tertinggal, jangan lupa join kempen YEZ ni tau... ada banyak hadiah menarik yang menanti :)
DeleteBagus info ni harus disedarkan kepada semua.
ReplyDeleteterima kasih.. semoga kita semua sama-sama beroleh manfaatnya.
Deletevery informative.
ReplyDelete