ANDAIKATA DAH SAMPAI KE MUAR, MEMANG ELOK SANGAT KALAU SINGGAH NAIK MUAR RIVER CRUISE.SERIUS, ENJOY SANGAT, MENIKMATI PEMANDANGAN INDAH DI SEPANJANG MUARA SUNGAI MUAR SAMBIL DIIRINGI DENGAN SINARAN MATAHARI TERBENAM!
Ini adalah
pengalaman pertama Sis menaiki Muar River Cruise. Tapi, sebelum ini Sis pernah
juga naik cruise, Cruise Tasik Putrajaya dan Melaka River Cruise. Apa yang
boleh Sis katakan, ketiga-tiganya memberikan satu pengalaman yang berbeza dan
Sis enjoy sesangat.
Bersama dua insan hebat, En Md Zaidi (owner Muar River Cruise) dan En James Teo Peng Heng (owner Rabbit Home Restaurant) |
Lagipun
sewaktu menaiki Muar River Cruise ini, Sis berpeluang bersembang dengan Encik
Md Zaidi Bin Khamis, pemilik Muar River Cruise dan juga Encik James Teo Peng Heng, pemilik Rabbit Home Restaurant. Mana tak teruja,Lebih-lebih
lagi, keduanya sangat simple, peramah dan penuh berwawasan orangnya.Sis kalau berjumpa
atau dapat kenal dengan orang-orang hebat sebegini, memang rasa kagum dan
termotivasi. Kejayaan mereka tu sedikit sebanyak menguatkan lagi semangat Sis
untuk lebih cemerlang dalam hidup. Wahhh… gitew…
Haha… kita
berbalik cerita pada Muar River Cruise nie, menurut En Md Zaidi, bisnes yang dijalankan ini sudah
beroperasi 20 tahun lamanya.
Bersama Blogger hebat Eddy Rush (kiri) dan dua geng Tourism Malaysia |
Kalau
korang nak tahu, Muar River Cruise nie boleh dinaiki pada jam 9.30 pagi hingga
5.30 petang setiap hari kecuali hari Rabu (tutup).Bercakap tentang harganya
pula, untuk satu perjalanan (pergi-balik) bagi orang dewasa adalah RM12,
kanak-kanak RM6 (bawah 12 tahun) dan tambang RM15 pula dikenakan buat warga
asing.
Suasana petang di muara Sungai Muar |
Terus
terang Sis cakap, perjalanan yang memakan masa 30 minit atau setengah jam itu, terasa
begitu pantas berlalu.Tambahan pula waktu itu matahari hampir terbenam. So,
nampak awesome sangatlah pemandangan di sepanjang muara Sungai Muar hingga ke
Sabak Aur, dan berpatah semula ke Jeti Tanjung Emas. Air sungainya pula
kelihatan kecoklatan kebiruan dan kehijauan. Sangat unik, kan…
Sepanjang
laluan, di atas cruise tu memang tak bosan. Di samping dapat melihat
pemandangan, kita akan diberikan sedikit penerangan berkaitan sejarah (tapi
pakai suara yang telah dirakam siap-siap heheh…heheh ) , melibatkan pemandangan
yang sedang kita saksikan sewaktu menyusuri muara sungai tersebut. Sedikit
sebanyak bolehlah juga kita mengetahui tentang sejarah keunikan bandar Muar
nie.
Mata akan
dijamukan dengan bangunan kerajaan, bangunan lama, antaranya Masjid Jamek
Sultan Ibrahim dan pelbagai lagi. Cukup unik dan klasik apabila dilihat dari
atas bot tu.
Kalau
korang dah sampai ke Muar nie, jangan ler lepaskan kesempatan yang ada untuk menikmati
pemandangan menarik bandar Muar dari sungai tersebut.
Sebelum Sis
akhiri catatan kali ini, Sis nak bagi tahu jugak sebelum naik Muar River Cruise
tu, Sis bersama team Colours of Lives Travelogue Malaysia yang dikendalikan
oleh Borakkita.com dengan sokongan Tourism Malaysia nie sempat bersiar-siar di
sekitar Dataran Tanjung Emas.
Dataran ini
terletak di Muara Sungai Muar dan sangat popular untuk aktiviti beriadah
bersama keluarga. Kawasannya pun sangat ‘cool’, terdapat pelabagai kemudahan
awam dan juga taman permainan kanak-kanak.
Lanskapnya pun cantik. Syok kalau dapat lepak petang-petang kat sini.
Kena pula angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Asyikkk!!
![]() |
Suasana senja yang cukup mengamit rasa! |
![]() |
Syok kot... petik gitar sambil menyaksikan pemandangan yang indah terbentang.... |
Apa yang
Sis nampak, tak jauh dari situ, terdapat medan selera. Tapi, Sis tak singgahlah
sebab selesai tugasan di sini, kita orang kena bergerak ke Restoran Muar Historia Rabbit Home turut menyajikan 1001 kisah sejarah yang tak luput ditelan
zaman! Di catatan akan datang nanti Sis cerita tau.
Okaylah,
cukup setakat ni dulu ya. Jumpa lagi. K, babai.
Opss.... lupa nak cerita... ada kisah jejak kasih. Hahaha... terjumpa budak Naufal ni masa kat atas bot tu. Dia graphic designer Sis masa kat Majalah Yezz! dulu. Baik budaknya.... hahhahaa..... |
Lurve,
Sis Anie
Mohamed
4 Comments
Seronoknyaa. Nanti kalau sampai sana nak try jugak lahh
ReplyDeleteAahahha... seronok jugak... menyaksikan pemandangan unik bandar Muar ni dari atas air hihii
DeleteSeronoknya...kalau Cruise Putrajaya PC dah pernaih naik...selain tu belum lagi Sis...
ReplyDeleteMurah juga sis harga cruise tu. Boleh lah masuk dalam list kalau ke muar nanti.
ReplyDeleteNak tgk bandar muar dr sisi di atas cruise.