Muar River Cruise

 ANDAIKATA DAH SAMPAI KE MUAR, MEMANG ELOK SANGAT KALAU SINGGAH NAIK MUAR RIVER CRUISE.SERIUS, ENJOY SANGAT, MENIKMATI PEMANDANGAN INDAH DI SEPANJANG MUARA SUNGAI MUAR SAMBIL DIIRINGI DENGAN SINARAN MATAHARI TERBENAM!




Muar River Cruise
Bersama blogger hebat, Miera Nadhirah

Ini adalah pengalaman pertama Sis menaiki Muar River Cruise. Tapi, sebelum ini Sis pernah juga naik cruise, Cruise Tasik Putrajaya dan Melaka River Cruise. Apa yang boleh Sis katakan, ketiga-tiganya memberikan satu pengalaman yang berbeza dan Sis enjoy sesangat.


Muar River Cruise
Bersama dua insan hebat, En Md Zaidi (owner Muar River Cruise) dan En James Teo Peng Heng (owner Rabbit Home Restaurant)

Lagipun sewaktu menaiki Muar River Cruise ini, Sis berpeluang bersembang dengan Encik Md Zaidi Bin Khamis, pemilik Muar River Cruise dan juga Encik James Teo Peng Heng, pemilik Rabbit Home Restaurant. Mana tak teruja,Lebih-lebih lagi, keduanya sangat simple, peramah dan penuh berwawasan orangnya.Sis kalau berjumpa atau dapat kenal dengan orang-orang hebat sebegini, memang rasa kagum dan termotivasi. Kejayaan mereka tu sedikit sebanyak menguatkan lagi semangat Sis untuk lebih cemerlang dalam hidup. Wahhh… gitew…

Haha… kita berbalik cerita pada Muar River Cruise nie, menurut En  Md Zaidi, bisnes yang dijalankan ini sudah beroperasi 20 tahun lamanya.


Muar River Cruise
Bersama Blogger hebat Eddy Rush (kiri) dan dua geng Tourism Malaysia

Kalau korang nak tahu, Muar River Cruise nie boleh dinaiki pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali hari Rabu (tutup).Bercakap tentang harganya pula, untuk satu perjalanan (pergi-balik) bagi orang dewasa adalah RM12, kanak-kanak RM6 (bawah 12 tahun) dan tambang RM15 pula dikenakan buat warga asing.



Suasana petang di muara Sungai Muar
Terus terang Sis cakap, perjalanan yang memakan masa 30 minit atau setengah jam itu, terasa begitu pantas berlalu.Tambahan pula waktu itu matahari hampir terbenam. So, nampak awesome sangatlah pemandangan di sepanjang muara Sungai Muar hingga ke Sabak Aur, dan berpatah semula ke Jeti Tanjung Emas. Air sungainya pula kelihatan kecoklatan kebiruan dan kehijauan. Sangat unik, kan…


Muar River Cruise





Muar River Cruise


Sepanjang laluan, di atas cruise tu memang tak bosan. Di samping dapat melihat pemandangan, kita akan diberikan sedikit penerangan berkaitan sejarah (tapi pakai suara yang telah dirakam siap-siap heheh…heheh ) , melibatkan pemandangan yang sedang kita saksikan sewaktu menyusuri muara sungai tersebut. Sedikit sebanyak bolehlah juga kita mengetahui tentang sejarah keunikan bandar Muar nie.


Muar River Cruise

Mata akan dijamukan dengan bangunan kerajaan, bangunan lama, antaranya Masjid Jamek Sultan Ibrahim dan pelbagai lagi. Cukup unik dan klasik apabila dilihat dari atas bot tu.
Kalau korang dah sampai ke Muar nie, jangan ler lepaskan kesempatan yang ada untuk menikmati pemandangan menarik bandar Muar dari sungai tersebut.


Muar River Cruise
Antara port menarik untuk merakamkan kenangan di sekitar Dataran Tanjung Emas
Sebelum Sis akhiri catatan kali ini, Sis nak bagi tahu jugak sebelum naik Muar River Cruise tu, Sis bersama team Colours of Lives Travelogue Malaysia yang dikendalikan oleh Borakkita.com dengan sokongan Tourism Malaysia nie sempat bersiar-siar di sekitar Dataran Tanjung Emas.


Muar River Cruise


Dataran ini terletak di Muara Sungai Muar dan sangat popular untuk aktiviti beriadah bersama keluarga. Kawasannya pun sangat ‘cool’, terdapat pelabagai kemudahan awam dan juga taman permainan kanak-kanak.  Lanskapnya pun cantik. Syok kalau dapat lepak petang-petang kat sini. Kena pula angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Asyikkk!!


Muar River Cruise
Suasana senja yang cukup mengamit rasa!

Muar River Cruise
Syok kot... petik gitar sambil menyaksikan pemandangan yang indah terbentang.... 

Apa yang Sis nampak, tak jauh dari situ, terdapat medan selera. Tapi, Sis tak singgahlah sebab selesai tugasan di sini, kita orang kena bergerak ke Restoran Muar Historia Rabbit Home turut menyajikan 1001 kisah sejarah yang tak luput ditelan zaman! Di catatan akan datang nanti Sis cerita tau.

Okaylah, cukup setakat ni dulu ya. Jumpa lagi. K, babai.


Opss.... lupa nak cerita... ada kisah jejak kasih. Hahaha... terjumpa budak Naufal ni masa kat atas bot tu. Dia  graphic designer Sis masa kat Majalah Yezz! dulu. Baik budaknya.... hahhahaa..... 


Lurve,

Sis Anie Mohamed