Resepi Prosperity Lucky Rolls

UNTUK SARAPAN PAGI ATAUPUN MINUM PETANG, MEMANG SEDAP KALAU KITA MENIKMATI PROSPERITY LUCKY ROLLS. KENA PULAK GANDINGANNYA, TEH O PANAS ATAUPUN KOPI O PANAS. PERGHH… MEMANG ‘TERANGKAT’!


Resepi Prosperity Lucky Rolls

Resepi Prosperity Lucky Rolls daripada Alce Nero yang Sis kongsikan ini sangat unik. Rasanya cukup istimewa sebab menggunakan minyak zaitun dara ekstra Alce Nero dan madu Wildflower Organik Alce Nero bagi menghasilkan hidangan Prosperity Lucky Rolls yang cukup enak. Ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai hidangan ringan atau digabungkan bersama juadah lain. Tak ada masalah sebenarnya, ikut suka selera kita! Gitew!!  

Resepi Prosperity Lucky Rolls


Minyak zaitun dara ekstra Alce Nero diperbuat daripada buah zaitun terbaik yang dipilih di Sicily. Ia mengandungi rasa dan manfaat kesihatan jantung menerusi kandungan vitamin serta anti-oksidan yang tinggi. Pengambilan makanan yang sihat, bervitamin serta tinggi anti-oksidan ni sangat penting untuk kita mengekalkan tahap kesihatan.



RESEPI PROSPERITY LUCKY ROLLS
Bahan-bahan yang diperlukan:
250 g daging ayam dipotong panjang
3 biji sengkuang cina (dicincang)
Satu labu bawang putih
1 kepingan tauhu kering (fupei dipotong menjadi kepingan 6 x 8 inci)
1 sudu besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil (untuk meminyakkan gulungan daging)


PERAPAN:
1 sudu besar garam
½ sudu besar lada
½ sudu besar serbuk stok ayam
1 sudu besar Alce Nero Organic Wildflower Honey


Resepi Prosperity Lucky Rolls


1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur kecil

PES TEPUNG:
2 sudu besar tepung dan 1 sudu besar air

CARA MEMASAK:

Resepi Prosperity Lucky Rolls

1. Perisakan kepingan ayam dengan semua bahan perapan dan gaulkan sebati. Biarkan perapan berkenaan semalaman di dalam peti sejuk untuk membolehkan perisa tersebut terbentuk.

  2. Letakkan sebahagian daripada inti dalam kepingan tauhu kering dan gulungkan. Lekatkan tepiannya dengan pes tepung.

3. Sapukan setiap gulungan daging yang disediakan dengan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil sehingga rata.

4. Susunkan kepingan daging berkenaan dalam bakul pemasak udara dan masakkan pada suhu 160˚C selama 15 minutes atau sehingga gulungan berkenaan masak.

5. Hidangkan dengan pencicah.


Resepi Prosperity Lucky Rolls


Okay, selamat mencuba Resepi Prosperity Lucky Rolls yang dibawakan oleh Alce Nero. Meriahkan musim perayaan ini dengan hidangan yang enak dan sihat serta mudah disediakan. (Penting tu… hahahha….)

Sekian dulu. Jumpa lagi. Tataaaaa…

Lurve,

Sis Anie Mohamed