PERNAH
DENGAR JENAMA ALCE NERO TAK? JENAMA ORGANIK TERKEMUKA DARI NEGARA ITALI INI TELAH
MEMPERKENALKAN SATU SIRI LIMA RESEPI PERAYAAN YANG SIHAT DAN KREATIF, TERDIRI
DARIPADA MASAKAN TRADISIONAL DAN MASAKAN FUSION YANG BOLEH DINIKMATI SEISI
KELUARGA.
Kalau masak
pasta, Sis memang suka guna pasta Alce Nero. Ini adalah kerana pasta Alce
Nero mengandungi indeks glycemic (GI) lebih rendah dan kandungan protein tinggi,
sekaligus membuatkannya sesuai untuk kita menjaga kesihatan dan memang bagus
untuk pesakit diabetes.
Lagipun makanan
dengan indeks glycemic (GI) lebih rendah adalah tambahan yang baik dalam
pemakanan harian kerana ia lambat diserap dan dihadamkan. Secara tak langsung ia mampu
meregulasikan kadar gula dalam darah dan insulin secara perlahan-lahan.
Diet rendah
GI terbukti dapat menambah baik tahap glukosa dan lipid dalam kalangan mereka
yang menghidap diabetes (jenis 1 dan 2). Selain itu, ia juga berfungsi menjaga berat badan
kerana dapat mengawal selera dan membuatkan kita lambat lapar.
Apa yang bestnya semua
produk Alce Nero adalah 100% organik dan diiktiraf oleh undang-undang Kesatuan
Eropah termasuklah tanaman, tanah pertanian, kilang pemprosesan, prosedur dan
kandungan yang digunakan untuk pengeluaran. Produk organik Alce Nero merangkumi
rangkaian pasta kering, sos pasta, madu, minyak zaitun dan jem buah-buahan.
Okaylah, jom kita layan Resepi yang dibawakan
oleh Alce Nero ini.
RESEPI SPAGETI TELUR MASIN BERSAMA
FILET IKAN MADU DAN SOYA
Untuk hidangan: 2-4 orang
Masa penyediaan:
25 minit
Masa Memasak : 20 minit
300 g Alce
Nero Organic Spaghetti (dimasak)
4 biji
kuning telur masin (dikukus selama 10 minit kemudian dilenyekkan)
2 cawan
susu evaporasi
1 cawan
stok sayuran (lebihkan jika perlu dicairkan)
½ cawan
bawang kuning dihiris nipis
3 biji
limau purut (dititik)
3 sudu
besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil
Garam dan
lada hitam secukup rasa
4 keping
filet ikan siakap
3 sudu
besar kicap
2 sudu
besar Alce Nero Organic Wildflower Honey
1 sudu
kecil rempah Guinea
¼ sudu
kecillada putih
½ sudu
kecil garam
2 sudu
kecil Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil
* Pengurang pemasaman untuk perisa dan hiasan
1 cawan
Alce Nero Organic Balsamic Vinegar
1 sudu
besar Alce Nero Organic Acacia Honey
CARA MEMASAK:
1. Campurkan Alce Nero Organic Balsamic Vinegar
dan Alce Nero Organic Acacia Honey di dalam periuk dan panaskan secara
perlahan. Didihkan selama 10-15 minit
sehingga menjadi pekat dan melekat tebal apabila diletakkan pada belakang sudu
sebelum dihidangkan.
2. Perapkan filet ikan dengan kicap, Alce Nero
Organic Wildflower Honey, rempah Gunea, lada putih, garam dan Alce Nero Organic
Extra Virgin Olive Oil selama 30 minit.
3. Bungkus filet ikan dengan kertas masakan dan
masakkan dalam oven yang terlebih dahuu dipanaskan selama 20 minit pada suhu
200°C.
4. Sapukan sedikit Alce Nero Organic Acacia
Honey pada filet ikan sebaik sahaja masak.
5. Panaskan 3 sudu besar Alce Nero Organic Extra
Virgin Olive Oil dalam kuali dan gorengkan bawang. Kemudian masukkan kuning
telur masin dan masak sehingga berbuih. Tambahkan limau purut.
6. Tuangkan susu evaporasi dan stok sayuran dan
panaskan sehingga mendidih. Sebaik sahaja sos berkenaan pekat, tambahkan Alce
Nero Organic Spaghetti dan gaul rata. Tambahkan perisa dengan lada dan garam.
7. Masukkan spageti ke dalam pinggan dan
letakkan filet ikan tadi.
Hiaskan
dengan pengurang pemasaman.
Okay, dah
siap pun. Selamat mencuba RESEPI SPAGETI
TELUR MASIN BERSAMA FILET IKAN MADU DAN SOYA. Semoga menjadi k!
Sekian dulu
catatan Sis kali ini. Jumpa lagi. Taaataaa…
Lurve,
Sis Anie
Mohamed
2 Comments
nanti ko masakkan tuk aku weii...terliur
ReplyDeleteKih kih kih... aku masak tuk ko kat Concorde Hotel jer... :p
Delete