OAT MERUPAKAN SALAH
SATU BAHAN MAKANAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN. CUKUP KAYA DENGAN SERAT YANG
BAGUS UNTUK SISTEM PENGHADAMAN KITA. LEPAS TU PULAK, KANDUNGANNYA RENDAH LEMAK
DAN KALORI. MEMANG ELOKLAH UNTUK KITA-KITA YANG MAHU MENURUNKAN BERAT BADAN!
Korang memang perlu cuba Resepi
Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon yang dibawakan oleh Quaker Oats. Kata nak sihat, kan.... Banyak khasiat dan manfaatnya bila kita
menikmati menu sihat sebegini. Selain berupaya menurunkan berat badan, oat juga
mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan jantung.
RESEPI IKAN OAT GORENG DENGAN
SOS LEMON
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
• 5 sudu besar Quaker Instant Oatmeal
• 4 sudu besar tepung gandum
• 300g filet ikan, dibasuh dan dipotong menjadi kepingan kecil
• 2 putih telur, dipukul sehingga gebu
• ½ sudu teh garam
• ½ sudu teh lada putih
• 1 sudu besar minyak masak
Sos Lemon:
• 5 sudu besar jus lemon
• 12 sudu besar air
• 2 sudu teh gula
• 2 sudu teh tepung jagung
• 1 sudu teh kulit lemon yang dihiris nipis
CARA MEMASAK:
1.
Campurkan
oat, tepung gandum, garam dan lada.
2.
Masukkan
ikan dalam telur terlebih dahulu dan kemudian dalam campuran oat.
3.
Apabila
semua kepingan ikan disalut dengan campuran oat, goreng kepingan-kepingan dalam
kuali.
4.
Tutup
kuali dan masak dengan api yang kecil sehingga kedua-dua belah kepingan ikan
menjadi perang keemasan dan garing.
5. Hidangkan kepingan ikan
dengan sos lemon.
Sos Lemon:
1. Rebus jus lemon, air dan gula. Masukkan tepung jagung, kacau
sehingga campuran menjadi pekat.
2. Tambah kulit lemon dan masak selama 1 minit.
3. Hahaa… dah siap dan bolehlah dihidangkan
dalam mangkuk kecil.
Itulah Resepi Ikan Oat Goreng
Dengan Sos Lemon yang dibawakan oleh Quaker Oats. Nak dapat resepi AYAM DAN CENDAWAN DENGAN NASI & OAT, KLIK SINI
Selamat mencuba Resepi Tahun
Baru Cina yang cukup enak dan sihat ini.Sampai ketemu lagi di catatan
akan datang. Tataaaa…
Lurve,
Sis Anie Mohamed.
Sis Anie Mohamed.
1 Comments
Boleh cuba nanti resepi ni.. Nampak menarik..
ReplyDelete