“GONG XI FA
CAI!” DI SEBALIK KEMERIAHAN TAHUN BARU CINA, TERNYATA ADA SATU MENU YANG SENTIASA
DINANTI-NANTIKAN OLEH MASYARAKAT CINA KHUSUSNYA IAITU HIDANGAN YEE SANG.
Baru-baru nie Sis telah menerima jemputan daripada Hotel Concorde untuk turut sama meraikan Pesta Kemakmuran, bertempat di Restoran RakuXin. Yee Sang merupakan menu utama “makan besar” yang biasanya dinikmati oleh masyarakat Cina bersama keluarga pada malam sebelum Tahun Baru Cina.Merasa jugalah 'mengaul' makanan tersebut!
Restoran RakuXin yang beroperasi di aras yang sama dengan lobi hotel ini,
menyajikan menu Yee Sang yang cukup
enak.Hidangan
enak campuran ikan dan sayur-sayuran pastinya akan membuatkan korang kecur air
liur. Ada Salmon, Scallop, Pear & Salmon dan Pacific Clam, Abalone Yee
Sang. Tak pun korang boleh jer pilih Fish Maw Yee Sang atau Disney Yee Sang
yang juga tak kurang hebat kesedapannya.
Sampaikan
dah balik rumah pun Sis masih teringat-ingat lagi akan keenakan Yee Sang tersebut.
Pelbagai rencah atau ramuannya dalam Yee Sang tu. Antaranya lobak putih, halia muda, halia merah dan
putih, sos plum, pamelo, bijan, kacang tumbuk dan banyak lagi. Macam manalah
tak sedap kan… macam-macam ramuan yang dicampurnya di dalam menu kemakmuran
nih.Hidangan
enak ini boleh dinikmati dalam hidangan kecil dan besar. Dihidangkan ketika makan tengahari dan makan
malam.
Prosperity Yee Sang (Fresh Salmon & Baby Octopus) |
Dried Scallop & Crabmeat Soup |
Steamed Tiger Garroupa in Hong Kong Style |
Broccoli and Black Mushroom served with Butter Dried Oyster |
Work Fried Prawn with Mango & Oat |
Fried Rice with Garlic Prawn, Shimeji Mushroom & Salted Egg |
Chilled Soya Bean with Sea Coconut & Rambutan |
New Year Egg Tart & Lotus Mochi |
HARGA YANG DITAWARKAN
Untuk Yee
Sang harganya adalah RM88 nett. Selain itu korang boleh juga cuba set menu
Calebratory Masterpiece (dari harga RM888nett, RM 988nett dan RM1188nett.
Setiap menu 8-course ini untuk meja 10 orang.
LET’S “LOH SANG”!
Set Yee
Sang dan set menu makan disediakan untuk
makan tengahari (12.00 tengahari -2.30 petang) dan makan malam (6.30 petang -4.30 petang) dari 1 Februari hingga 2 Mac 2018 di Restoran RakuXin, Concorde Hotel
Shah Alam.
Dibuka dari
hari Isnin hingga Sabtu (ditutup pada hari Ahad dan cuti umum)
Okaylah,
bagi yang tak sempat nak menikmati Yee Sang sebelum Tahun Baru Cina, korang
masih boleh lagi untuk menikmatinya. Datang lah ke Restoran RakuXin nie sebelum
3 Mac, 2018. Nikmati sendiri keenakan Set Yee Sang dan set menu makanan yang
lain. Sedap-sedap belaka tau!! Jangan risau, makanan kat sini HALAL ya.
Ok, selamat
bercuti semua dan Selamat Tahun Baru Cina buat korang yang meraikannya.
Sampai jumpa lagi. Babai!
“GONG XI FA CAI!” |
Lurve,
Sis Anie Mohamed
1 Comments
untung laa sis ...sis makan banyak kan hahahahhaha
ReplyDelete