SOS SAMYEANG DOMINO'S PIZZA

Korang suka makan pedas? Tak pun, korang memang ‘hantu” makanan korea? Jadi, silalah terjah menu terbaru, domino’s pizza iaitu samyeang pizza (tuna,ayam dan daging), kepak ayam-haseyo serta sos samyeang yang sememangnya pedas menyengat!




Kombinasi rasa yang pedas menyengat dan manis membuatkan menu terbaru Domino’s Pizza ini lebih unik. Lagi pedas, lagi sedap dan membuatkan kita rasa nak makan lagi dan mencicah lagi, Itulah penangan Sos Samyeang!
Samyeang Chicken Pizza 
Apa yang menariknya, kini Sos Samyeang yang sebelum ini membaluti sajian pizza Samyeang iaitu Pizza Tuna Samyeang, Pizza Ayam Samyeang dan Pizza Daging Samyeang serta Kepak Ayam –Haseyo tersebut dah boleh anda nikmati di mana-mana sahaja yang anda mahu. 

Sebab apa? Sebab korang boleh dapatkan atau beli sos samyeang nie di mana-mana cawangan Domino’s Pizza.
Kepak Ayam-Haseyo 
Samyeang Tuna Pizza 
Samyeang Beef Pizza 
Sos Samyeang Pedas Berapi-api! 
APA YANG BAGUSNYA SOS SAMYEANG NIE….
Harganya cuma RM19.90 untuk tambahan set dan kalau beli secara ala carte RM24.90. Korang memang kena try Sos Samyeang ni sebab sos nie bukan setakat sesuai untuk makan pizza sahaja, buat penambah rasa dalam masakan seperti mee goreng, sambal ikan bilis,ayam goreng dan ikan goreng pun boleh. Haaa.. buat pencicah keropok lekor ataupun cucur udang pun boleh juga.Serius sedap dan pedas sangat!
Memang sedap bila letak Sos Samyeang ni dalam mee goreng. Terangkat pedasnya wey!!
Kalau goreng mee, tak payah lagi letak sos cili atau cili padi lagi. Memadai gunakan sos samyeang ni pun dah ok. Korang kena pandai-pandailah sesuaikan sos nie dalam masakan korang untuk mendapatkan rasa yang ‘meletop’.

YANG MANA SATU SIS SUKA?
Kebetulan Sis satu family memang hantu pedas, jadi memang teruja sangatlah dengan kemunculan perisa baru Pizza Samyeang, Kepak Ayam –Haseyo dan juga Sos Samyang nie.

Kalau tanya Sis, antara tiga tu mana yang Sis paling suka. Sis pilih Samyeang Beef Pizza yang berversi ‘thin crust’ dan ‘extra cheese’. Hahahaha… Kalau makan pizza apa-apa jer, Sis memang suka versi ‘thin crust’. Lebih sedap dan kena dengan tekak Sis, biasalah lain orang lain citarasanya.
Kalau ada yang nak belanja, ingat tau.... Sis suka Samyeang Beef Pizza hahaha...hahaha... 
Okaylah…. korang kena cuba menu baru daripada Domino’s Pizza nie. Kalau tak berkesempatan untuk lepak makan-makan kat sana, korang boleh jer tempah secara online http://www.dominos.com.my/, atau call jer 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Senang giler kot!
Kami dah rasa kesedapan... kepedasan Sos Samyeang tu, korang bila lagi? Silalah ye.... 

Sekian dulu. Jumpa lagi di catatan akan datang. Tataaaaa….





Lurve,
Sis Anie Mohamed