expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 2 June 2018

MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA IBARAT SEBILAH PISAU!

Bayar Zakat Secara Online


PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEPERTI WHATSAPP, FACEBOOK, TWITTER DAN INSTAGRAM BUKANLAH SESUATU YANG ASING BUAT KITA SEMUA. BAHKAN, ADA DI ANTARA KITA YANG MERASAKAN DUNIA INI SEAKAN GELAP GELITA APABILA SMARTPHONE YANG DIGUNAKAN TIBA-TIBA GAGAL MENGAKSES INTERNET!


Bayar Zakat Secara Online

Begitulah penangan kemajuan teknologi hari ini yang telah merajai kehidupan manusia masa kini.
Penggunaan media sosial di kalangan masyarakat  memang ada pro dan kontranya. Ia diibaratkan seperti sebilah pisau, sangat berguna apabila dimanfaatkan dengan baik, tetapi boleh juga membawa kemudaratan apabila digunakan untuk tindakan atau perbuatan yang berunsur kejahatan.

Bayar Zakat Secara Online

Sebagai pengguna, kita perlu bijak menggunakan media sosial ini kerana  ia sebenarnya banyak memudahkan urusan seharian dalam kehidupan manusia. Bukan sekadar mempermudahkan komunikasi  kita sesama manusia, malahan boleh juga digunakan sebagai medium berdakwah, menimba ilmu,mencari informasi dan sebagainya.

Bayar Zakat Secara Online

Justeru itu, Sis puji dengan langkah yang dibuat oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)  dalam menyebarluaskan dakwah zakat ini kepada umum. Apatah lagi, setelah melihat arus kemajuan teknologi ini dalam kehidupan seharian kita semua. Melalui media sosial ini, termasuklah portal www.zakat.com.my bukan hanya aktiviti dan informasi PPZ-MAIWP  sahaja yang korang dapat tahu dengan lebih cepat dan mudah. Bakan ia turut mewujudkan satu medium komunikasi dua hala kepada masyarakat ataupun kita sebagai pembayar zakat yang ingin bertanyakan pemasalahan zakat, termasuklah dari segi kiraan mahupun bayaran yang dikenakan serta semakan rekod bayaran zakat yang lepas-lepas.

Senang ‘giler’ kan dengan adanya sistem bayar zakat online ini.Serius sangat memudahkan kita semua dalam melakukan transaksi zakat secara mudah, lebih cepat dan ‘kool’ jer. So, bagi korang yang sudah cukup syarat wajib zakat, tak ada alasan lagilah tak sempat nak bayar zakat, tak faham tentang kiraan zakat dan sebagainya ya. Korang nak tahu lagi sebab-sebab membayar zakat secara online tu lebih mudah, dan cepat macam Sis cakap tadi tu… Okay, semak di bawah!

Bayar Zakat Secara Online


ADA 7 SEBAB KENAPA BAYAR ZAKAT DI ONLINE ITU MUDAH!
1.   CEPAT & PANTAS
Kaedah pembayaran online paling senang dan selamat kot. Tak sampai setengah jam, tak sampai 5 minit.Hanya lebih kurang dalam dua minit sahaja segala urusan pembayaran zakat korang dengan menggunakan internet banking (FPX atau debit ataupun kad kredit Islamik) pun settle!


2. BAYARAN HANYA DI HUJUNG JARI
Banyak kelebihan kalau kita bayar zakat melalui online berbanding  membuat pembayaran secara manual yang perlukan kita beratur panjang di kaunter, tak perlu nak bersesak-sesak atas jalan raya meredah kesesakan, susah nak cari parking dan sebagainya.  Hanya KLIK jer… janji korang ada telefon pintar, tablet, komputer dan sambungan internet untuk membuat transaksi, dah boleh buat bayaran zakat. Senang, sangat kan…

3. 24 JAM, 7 HARI SEMINGGU
Sibuk.Tak ada masa. Alasan sebegini sebaiknya tak ada lagi dalam kamus hidup korang. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, pembayaran online untuk semua jenis zakat korang tu boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana sahaja dengan pantas dan cepat. Langsung-langsung tak membebankan korang, sebaliknya mempermudahkan!

4. KIRA ZAKAT DENGAN MUDAH
Tak perlu nak pening-pening lagi untuk mengira kadar zakat yang perlu korang bayar.Korang boleh mengira zakat  tersebut dengan mudah dan cepat.
Dengan syarat korang kenalah lengkapkan borang yang disediakan. Borang tersebut boleh didapati secara online di  www.zakat.com.my

Bayar Zakat Secara Online

5. KALKULATOR ZAKAT
Korang juga tak payah nak stress sangat,  sebab sekarang nie dah ada kemudahan kalkulator zakat di www.zakat.com.my. Melalui kalkulator zakat ini korang boleh membuat kiraan tepat zakat yang wajib dibayar. Lagi satu, korang pun boleh dapat tahu samada korang WAJIB berzakat ataupun tidak.

6. SEMAKAN BAYARAN
Memang senang dan sangat mudah.Korang boleh menyemak rekod bayaran zakat. Yang tahun-tahun lepas punya pun korang boleh semak.  Tak ada masalah langsung.

7. KEMASKINI MAKLUMAT
Di samping itu juga, korang boleh mengemaskini maklumat peribadi, surat menyurat dengan cepat dan selamat. Berapa kali pun korang pindah, ataupun bertukar alamat, semua tu boleh dikemaskini secara online. Jangan risau, ok.

www.zakat.com.my

Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut layari sahaja www.zakat.com.my Insya-Allah, tak sampai lima minit, segala urusan zakat kita tu akan selesai.Sekarang nie semuanya terletak di tangan korang sendiri. Tapi apa yang pasti dengan adanya pembayaran zakat secara online ini memang memudahkan urusan zakat umat Islam di seluruh negeri.

Talian bebas tol : 1 300 88 5757
Facebook : Pusat Pungutan Zakat
#zakatwilayah
#ramadanterbaik
#ppzwilayah
#ppzmaiwp

Sebelum berpisah, sama-samalah kita bijak memanfaatkan kehebatan media sosial ini bagi tujuan kebaikan serta memperkuatkan iman.Jangan sesekali menyalahgunakannya.

Sampai jumpa lagi. Tataaaaa….


Lurve,
Sis Anie Mohamed


Baca Juga: Ramadan DiNanti, Zakat Di Hati