Resepi Bubur Kacang Hijau

Tentu ramai yang suka makan bubur kacang hijau, lebih-lebih dalam bulan puasa nie. Cara nak buat bubur kacang hijau nie pun ada macam-macam.so, dikongsikan resepi bubur kacang hijau stail Kelantan. 



Nak tahu apa yang membuatkan rasa bubur kacang hijau ini cukup nikmat dan istimewa sekali? Tengok rahsia resepinya….

Lain orang, lain cara memasaknya! Kalau ikut stail Sis, bila nak masak bubur kacang nie Sis lebih suka rendam dulu kacang hijau nie dalam sejam dua. Bukan apa, kacang hijau kan mempunyai tekstur yang agak keras.

So, bila direndam tu, kacang hijau akan jadi lebih cepat empuk time kita masak tu. Lagilah senang kerja kita didapur! Hahahaha…. (macam biasa… Sis tak nak lama-lama duduk kat dapur!!)


Jangan buang masa lagi, sebab Sis pun teruja nak try Resepi Bubur Kacang Hijau Stail Kelantan yang dikongsikan oleh Ayam Brand™ nie. Bukan apa, bubur kacang hijau biasa tu Sis dah selalu buat. Yang stail Kelantan dan ada letak jagung manis nie, memang pertama kalilah Sis buat. Tentunya lebih sedap sebab ada biji sago dan jagung manis.


RESEPI BUBUR KACANG HIJAU STAIL KELANTAN
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

200g kacang hijau, di cuci bersih

2 liter air

100g biji sago, dicuci bersih

2 helai daun pandan, dicuci dan diikat

100g gula melaka

Secubit garam

1 tin Ayam Brand Sweet Corn

1 kotak santan kelapa Ayam Brand





Cara Membuatnya:

1. Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan kacang hijau, air dan daun pandan dalam kuali. Masak dengan api yang sederhana besar dan sebaiknya ditutup.

2. Selepas kacang hijau telah separuh masak, masukkan sago untuk direneh bersama.

3. Kacau terus secara perlahan-lahan sehingga kacang hijau dan sago masak sepenuhnya.

4. Tambahkan gula melaka dan garam secukupnya bersama dengan santan dan jagung.

5. Matikan api, keluarkan daun pandan dan hidangkan!




Okay, dah siap pun dan bolehlah dijadikan juadah berbuka puasa nanti nie. Bubur kacang hijau nie boleh jer nak makan ketika masa panas atau sejuk (simpan dalam peti sejuk, bila nak makan baru keluarkan). 

Selamat mencuba Resepi Bubur Kacang Hijau Stail Kelantan yang dibawakan oleh Ayam Brand™. Selamat menikmati keenakannya!



Sampai jumpa lagi!

Lurve,
Sis Anie Mohamed

Baca Juga: Resepi Bubur Lambuk