Bubur lambuk mampu menambat selera dan memang cukup popular di bulan puasa. Bagi yang tak ada selera makan atau mahu menjaga kesihatan tubuh badan, cubalah buat bubur lambuk ini.
Sebenarnya dah lama Sis teringin nak buat cuba Resepi Bubur Lambuk yang menggunakan quaker oats. Memang rezekilah dengan adanya perkongsian Resepi Bubur Lambuk daripada Quaker Malaysia ini.Cuma, tak semua bahan-bahannya Sis gunakan, sebab tak sempat nak cari.So, mana yang ada sahajalah. Janji bahan utamanya iaitu beras dan Quaker Quick Cook Oatmeal tu ada.
Sis penggemar quaker oats sebab banyak khasiatnya.Quaker Oats sememangnya mengandungi bijirin oat yang tinggi serat dan protein, dapat membantu mengurangkan rasa lapar.So, memang kenalah waktunya, di bulan Ramadhan nie.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
• 300g beras, dibasuh dan ditoskan airnya.
• 150g keledek, dipotong dadu
• 100g Quaker Quick Cook Oatmeal
• 8 bawang, dihiris
• 6 ulas bawang putih, dihiris
• 4cm halia, dihiris nipis
• 50g udang kering
• 300g daging lembu, dihiris nipis
• 2 liter air
• 200g santan
• 3 sudu besar sos ikan
• 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
• 80g daun sirih, dihiris nipis
• 80g daun basil, dihiris nipis
• 80g pucuk paku, gunakan pucuk sahaja
• 80g basil thai, gunakan daun sahaja
• Garam mengikut rasa
Hiasan:
• 6 cili merah, dihiris
• 30g ketumbar, dihiris nipis
• 50g bawang goreng
2. Tambah air, beras, oat, keledek dan daging lembu. Masak sehingga air mendidih dan kurangkan haba. Biarkan mereneh selama 20-25 minit. Kacau campuran sekali-sekala.
3. Tambah santan, sos ikan, lada hitam, garam, daun sirih, pucuk paku dan basil. Masak sehingga campuran mendidih.
4. Hiaskan dengan ketumbar, cili merah dan bawang goreng sebelum disajikan.
Senang sangat kan….Makan panas-panas waktu berbuka atau bersahur nanti pun sedap.Selamat mencuba resepi yang dibawakan oleh Quaker Malaysia ini.
Jom Resepi Bubur Lambuk Quaker Oats
Sebenarnya dah lama Sis teringin nak buat cuba Resepi Bubur Lambuk yang menggunakan quaker oats. Memang rezekilah dengan adanya perkongsian Resepi Bubur Lambuk daripada Quaker Malaysia ini.Cuma, tak semua bahan-bahannya Sis gunakan, sebab tak sempat nak cari.So, mana yang ada sahajalah. Janji bahan utamanya iaitu beras dan Quaker Quick Cook Oatmeal tu ada.
Cuba Juga:
Resepi Sup Gear Box Berkolagen
Sis penggemar quaker oats sebab banyak khasiatnya.Quaker Oats sememangnya mengandungi bijirin oat yang tinggi serat dan protein, dapat membantu mengurangkan rasa lapar.So, memang kenalah waktunya, di bulan Ramadhan nie.
Bubur Lambuk Quaker Oats
Bahan-Bahan yang diperlukan:
• 300g beras, dibasuh dan ditoskan airnya.
• 150g keledek, dipotong dadu
• 100g Quaker Quick Cook Oatmeal
• 8 bawang, dihiris
• 6 ulas bawang putih, dihiris
• 4cm halia, dihiris nipis
• 50g udang kering
• 300g daging lembu, dihiris nipis
• 2 liter air
• 200g santan
• 3 sudu besar sos ikan
• 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
• 80g daun sirih, dihiris nipis
• 80g daun basil, dihiris nipis
• 80g pucuk paku, gunakan pucuk sahaja
• 80g basil thai, gunakan daun sahaja
• Garam mengikut rasa
Hiasan:
• 6 cili merah, dihiris
• 30g ketumbar, dihiris nipis
• 50g bawang goreng
Cara Membuat Bubur Lambuk Quaker Oats
1. Panaskan 4 sudu minyak sayuran. Goreng halia, bawang, bawang putih dan udang kering sehingga harum.2. Tambah air, beras, oat, keledek dan daging lembu. Masak sehingga air mendidih dan kurangkan haba. Biarkan mereneh selama 20-25 minit. Kacau campuran sekali-sekala.

0 Comments