Resepi Kuih Seri Muka

ALANGKAH NIKMATNYA DAPAT BERBUKA PUASA DENGAN KUIH SERI MUKA YANG MANIS, HARUM AROMA DAUN PANDAN SERTA CUKUP RASA PULUT DAN LEMAK SANTANNYA!

Kuih seri muka merupakan antara kuih tradisional Melayu yang Sis suka. Kalau kena dengan cara membuatnya, betul-betul sedap, mahu Sis makan banyak. Tak cukup sepotong, dua atau tiga! Kejap.. kejap.. nak lagi dan lagi…tau-tau sebekas loyang tu dah nak habis… Hahhaa…

Sis jarang beli kuih seri muka nie di baazar-baazar Ramadhan, kecuali Sis memang dah tahu kesedapan kuih seri muka yang dijualnya itu.Puasa kali ini, tetiba pula rasa nak buat sendiri kuih seri muka nie.

Kebetulan Ayam Brand™ sudi berkongsi RESEPI KUIH SERI MUKA yang cukup mudah untuk membuatnya dan confirm sedap! Moh ler kita cuba membuat kuih seri muka untuk juadah berbuka nanti.



RESEPI KUIH SERI MUKA
Bahan-bahan yang diperlukan:

Lapisan bawah

300g beras pulut, rendam selama 3 jam dan toskan

150ml santan kelapa Ayam Brand

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula (optional)



Lapisan atas

200ml santan kelapa Ayam Brand

4 biji telur bersaiz sederhana

180g gula

50g tepung gandum

20g tepung jagung

8 helai daun pandan

(* sedikit pewarna hijau (kalau warnanya pucat, letaklah setitik dua ya)



Cara Membuat:

1. Campurkan beras pulut yang telah ditos dengan santan kelapa, garam dan gula untuk lapisan bawah. Kukus pada suhu tinggi selama 15-20 minit.

2. Sambil itu, campurkan tepung gandum dan tepung jagung dalam satu mangkuk.

Kisar tepung bersama gula, daun pandan, garam dan santan kelapa sehingga cair.

3. Menggunakan kaedah double boil, masakkan campuran untuk lapisan atas sehingga pekat.

4. Keluarkan lapisan bawah tadi dan ratakan sehingga padat.

5. Tuangkan campuran untuk lapisan atas, ke atas lapisan bawah.

6. Kukus selama 30-40 minit.

7. Sejukkan sebelum dipotong (sebaiknya guna pisau plastik) mengikut citarasa.

Okay, selamat mencuba. Moga-moga sedap dan menjadilah ya RESEPI KUIH SERI MUKA yang dibawakan oleh Ayam Brand™ ini.



Sekian dulu. Tataaaa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed

Baca Juga: Tips Bersihkan Peralatan Memasak Berminyak