Resepi Sambal Telur | Lama betul tak masak sambal telur. Cadangnya hari nie, nak cubalah Resepi Sambal Telur untuk menu hari ini. Sesekali pekena sambal telur, makan pulak dengan nasi panas-panas dan bubuh kicap lemak manis. pergh… cukup menggoda selera!Sambal telur nie ada pelbagai macam jenis, atau versi.
Resepi Sambal Telur
Ada yang suka guna telur hancur,telur goreng dan juga telur rebus.Sis suka belaka, tapi hari nie Sis nak kongsikan RESEPI SAMBAL TELUR menggunakan telur rebus.
Telur apa? Telur ayam heheh.. sebab Sis tak makan telur puyuh. Kalau telur itik, Sis tak lalu pula. Biasanya kalau telur itik, Sis suka buat gulai lemak. Yang tu, Sis makan hehe hehe…
Okaylah, meh tengok apa yang diperlukan untuk memasak sambal telur nie. Semua bahan yang diperlukan tak susah nak cari dan cara nak masaknya pun macam kacang jer… Hahhaaaa….
Okaylah, meh tengok apa yang diperlukan untuk memasak sambal telur nie. Semua bahan yang diperlukan tak susah nak cari dan cara nak masaknya pun macam kacang jer… Hahhaaaa….
Korang yang liat ke dapur atau nak cepat-cepat jer masak, elok sangat try RESEPI SAMBAL TELUR nie. Hehhee…
Jom Cuba Resepi Sambal Telur. Buat Sekarang!
Bahan-bahan Yang Diperlukan
- 7 biji telur rebus (ikut berapa korang nak lah dan kalau nak lebih sedap digoreng kejap telur rebus nie)
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- Gula,kicap lemak manis, air asam jawa,serbuk perasa
- Minyak masak
Bahan-Bahan Untuk Dikisar
- 15 tangkai cili kering
- 2 biji bawang merah
Cara Memasak Paling Senang
- 1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
- 2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing.
- 3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram, kicap lemak manis,serbuk perasa dan juga sedikit air asam jawa.
- 4. Jika kuahnya mengering, boleh tambahkan sedikit air.Kemudian masukkan bawang besar yang sudah dihiris tadi.
- 5. Kemudian masukkan telur rebus atau telur goreng, masak seketika sambil dikacau dengan api yang sederhana besar.
- 6. Apabila rasa dan kepekatan kuahnya sudah menepati citarasa korang, boleh tutup api.
- 7. Ok, siap dan bolehlah dihidangkan.
Baca Juga: Tips Merebus Sayur, Sotong, Udang Yang Betul
Okay, selamat mencuba RESEPI SAMBAL TELUR yang cukup mudah dan enak ini.
0 Comments