expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 29 May 2018

RESEPI THAI FISH CAKE


Resepi Thai Fish Cake

TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG SUKA MENIKMATI MASAKAN THAI. KESEDAPAN RASANYA YANG MASAM, MASIN DAN PEDAS BEGITU MENAMBAT SELERA. JADI, DIKONGSIKAN RESEPI THAI FISH CAKE  YANG CUKUP ENAK INI.

Kali ini juga Ayam Brand™ berkongsi resepi masakan Thai berasaskan ikan yang boleh korang cuba sebagai menu berbuka puasa nanti.

RESEPI THAI FISH CAKE 
Thai Salad
20g Daun Bawang
40g Lobak Merah (Red Radish)
Resepi Thai Fish Cake

5 Helai Daun Pudina
5 Helai Thai Basil
50ml Sos Cili Thai
150g Kubis Putih
75g Lobak Merah
120g Kacang Buncis
150g Kubis Romaine
50ml Perahan Limau Nipis


Resepi Thai Fish Cake

Bebola Ikan
50ml Santan Kelapa Ayam Brand
½  Sudu Kecil Pes Kari Merah
5  Helai Daun Lima Purut
Resepi Thai Fish Cake


500g Ikan Dory
1  Biji Telur
½ Sudu kecil Sos Ikan Thai
½  Pek Cili Merah
5g Lengkuas
3  Tangkai Daun Bawang
5g Daun Ketumbar

Cara Memasak:
Untuk Salad Thai
1. Potong ke semua bahan-bahan masakan dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Kemudian campurkan sos cili Thai dan air perahan limau nipis dalam mangkuk dan ketepikannya.

Untuk Bebola Ikan
3.   Kisar daun limau purut, cili merah dan lengkuas.
4.   Kisar asing kepingan ikan dory sehingga halus.
5.   Campur kisaran daun limau purut dan ikan dory sekali. Masukkan sekali cincangan daun ketumbar, pes kari merah, telur, sos ikan thai dan daun bawang. 
6.   Susun potongan adunan tersebut ikut acuan kek, dan letakkan  dalam peti sejuk.
7.   Masak bebola ikan sehingga warna keemasan.
8.   Dihidangkan bersama Thai Salad tadi.


Okay dah siap pun. Selamat mencuba Resepi Thai Fish Cake yang dibawakan oleh  Ayam Brand™ dan semoga korang seisi rumah suka!

Jumpa lagi. Tataaa…


Lurve,
Sis Anie Mohamed


Baca Juga: Resepi Kuih Cara Berlauk Tuna

No comments:

Post a Comment