Tauhu bergedil memang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang rangup di luar, lembut di dalam serta penuh dengan inti berperisa. Resepi Tauhu Bergedil ini memang mudah dan confirm jadi! Selain itu, disertakan juga resepi sambal kicap yang mantap untuk dicicah bersama tauhu bergedil.Jadi, jom kita lihat cara membuatnya!


resepi tauhu bergedil

Cara Buat Tauhu Bergedil

Bahan-Bahan Yang Diperlukan



  • 200g daging kisar/ayam kisar atau boleh guna daging burger (jenama Ramly)
  • 4 biji kentang - rebus dan lenyek
  • 2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji bawang putih - hiris halus
  • 2 biji telur
  • Sedikit tepung jagung
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit daun ketumbar atau daun sup - cincang halus
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit garam dan secubit rasa (Maggi cukup rasa)
  • 1-2 biji cili padi - hiris halus (jika suka pedas)
  • Tauhu kering - buang sedikit bahagian tepi untuk dimasukkan inti

 
Cara Membuatnya

1. Sediakan Inti

 

·      Rebus kentang hingga empuk, lenyekkan dan gaul dengan sedikit garam.

·      Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.

·      Masukkan daging/ayam kisar yang telah direbus atau digoreng. Gaul sebati dengan kentang yang telah dilenyek.

·      Tambahkan garam, secubit rasa, serbuk lada sulah, bawang goreng, daun ketumbar, dan cili padi. Gaul rata dan jadikan inti ini.

 

2. Sumbat Inti

 

·      Potong sedikit bahagian tepi tauhu untuk memudahkan penyumbatan inti.

·      Isikan inti ke dalam tauhu hingga padat. Simpan dalam peti sejuk seketika supaya lebih kukuh sebelum digoreng.

 

3. Celup dan Goreng

 

·      Pecahkan telur, tambahkan sedikit garam dan tepung jagung, dan pukul sebati.

·      Celupkan tauhu bergedil ke dalam campuran telur dan goreng dalam minyak panas hingga keemasan.



Baca Juga:

Resepi Pasta Udang Lemon

      Kek Tapak Kuda Nutella 


Sambal Kicap (Untuk Cicahan)

 

·      5-7 biji cili padi

·      2 ulas bawang putih

·      Kicap manis secukupnya

·      Sedikit perahan limau nipis

 
Cara Membuat Sambal Kicap

 

·      Kisar cili padi dan bawang putih hingga halus.

·      Campurkan bersama kicap manis dan perahan limau. Sesuaikan rasa.

 

 

Tauhu bergedil kini siap untuk dinikmati! Rangup di luar, lembut di dalam dan dicicah dengan sambal kicap yang pedas manis pasti memuaskan selera. Selamat mencuba dan enjoy!