Allhamdulillah segalanya berjalan lancar. 123mamanet.com (Majalah Online Harian Wanita) telah
mengadakan projek amal (CSR) bersama MBSa, menerusi program Eco Free Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan. Event ini telah berlangsung pada 14 Oktober, 2018 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Objektif program ini merupakan salah satu usaha 123mamanet.com yang bernaung di bawah syarikat penerbitan Dea Marissa Resources (DMR) untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya buat anak-anak yatim, anak-anak asnaf dan ibu tunggal sekitar Shah Alam.
Ini merupakan projek CSR DMR #darihati123mamanet yang ketiga, yang mana pada 13 September lalu, Kidzania Kuala Lumpur dan Mc Donald’s Malaysia telah turut serta menjayakannya.Seramai 27 orang anak-anak yatim dan asnaf daripada Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras telah berkunjung ke Kidzania Kuala Lumpur serta menikmati hidangan tengahari tajaan Mc Donald’s Malaysia.
RINGANKAN BEBAN MEREKA!
Projek CSR DMR #dari hati123mamanet yang berlangsung pada 14 Oktober, 2018 ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca www.123mamanet.com dalam usaha membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan.
Antara Dif-Dif terhormat yang turut serta Sempena Program Hari Tanpa Kenderaan dan Eco Free Market tersebut adalah Pegerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor iaitu Y.B. Puan Dr. Siti Mariah Mahmud, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad dan ramai lagi exco lain.

Pada hari itu juga turut diadakan acara Pink Walk (kesedaran kesihatan bagi memastikan warga Shah Alam terus kekal sihat, cergas dan cantik).
TERIMA KASIH GUARDIAN MALAYSIA & PARA INDIVIDU BERHATI MULIA
Untuk projek amal ini, sekali lagi Guardian Malaysia turut sama memberikan sumbangan. Terima kasih daun keladi, ada rezeki sumbang lah lagi! Hahahaa…
Untuk projek amal ini, sekali lagi Guardian Malaysia turut sama memberikan sumbangan. Terima kasih daun keladi, ada rezeki sumbang lah lagi! Hahahaa…
Di samping itu, terima kasih juga buat individu-individu berhati mulia, sudi menghulurkan sumbangan. Secara tak langsung kita sama-sama dapat membuat kebajikan dan membentuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.
Licin! Tak sampai setengah jam... |
JUMPA KAMI DISEMBER NANTI!
Insya-Allah, ada rezeki memang nak buat lagi projek amal ini. Bagi korang yang nak bantu atau join kami (beri sumbangan atau jadi volunteer) untuk misi yang akan datang, PROJEK CSR DMR #darihati123mamanet 4.0 jangan lupa hubungi Sis ok.
Ayuh, kita sama-sama membuat kebaikan walaupun mungkin hanya sedikit dan tak sebesar mana!
Thank you beb, blogger Kolin Zainal yang tak pernah miss untuk support projek amal ini. |
Lurve,
Sis Anie Mohamed.
Sis Anie Mohamed.
0 Comments