R.N.A.POWER RADICAL NEW AGE SK-II

Korang tahu tak, pakai moisturizer atau pelembab muka nie penting. Tak kiralah kalau nak keluar rumah, sebelum pakai mekap ataupun langsung tak bermekap. Duduk seharian kat rumah pun sebenarnya kita memang wajib pakai pelembab muka!





Dulupun Sis tak tahu dan jarang sangat pakai pelembab kat muka nih. Tapi, bila dah tahu kebaikannya, lagi-lagi setelah usia meniti senja nih memang tak pernah 'miss' pakai pelembab. 

Kalau kita malas nak pakai pelembab, kulit muka kita akan jadi kering dan nampak kusam. Tambahan pula, kalau kita nie jenis yang kerap terdedah pada sinaran matahari, habuk-habuk dan debu-debu kekotoran. Makin cepatlah kulit muka kita jadi kusam dan kering.
Dah nak habis dah Sis punya nih.... 
PENYEBAB UTAMA KITA KENA PAKAI PELEMBAB MUKAInginkan kulit muka yang lebih bersih, anjal dan awet muda?Wahhh gitewww.... Kalau korang tak tahu nak pakai pelembab jenis apa, ragu-ragu jer. Korang boleh cubalah krim pelembab R.N.A .Power Radical New Age daripada SK-II.
Sebab apa Sis suruh cuba? Sebabnya Sis dah pakai. Ok sangat-sangat. Sis suka pakai pelembab nie sebab ianya mampu membantu kulit muka terasa lebih tegang, anjal sehingga tampak lebih awet muda. Kulit muka pun terasa lembab jer sepanjang hari dan masalah kulit kering yang Sis alami sebelum ini dah tak ada lagi.



YANG BEST TENTANG R.N.A.POWER RADICAL NEW AGE SK-II
1. MELEMBABKAN KULIT MUKA
Bukan setakat terdedah pada sinaran matahari sahaja yang boleh buat kulit muka kita kering tau. Duduk dalam aircond pun boleh membuatkan kulit menjadi kering dan kusam.Kalau kita pakai pelembab, kulit kita akan dilindungi dan akan jadi lebih fresh.
2. MENGATASI MUKA NAMPAK KERING
Bercakap pasal muka kering nih, Sis tak dapat lari. Sebelum pakai pelembab R.N.A .Power Radical New Age SK-II kulit muka Sis memang lagi teruk keringnya.Nampak kasar, seperti bersisik dan kadang-kadang tu rasa gatal.

Selama hampir setahun pakai pelembab nie secara teratur, kulit muka Sis terasa lebih lembab dan tak kering lagi.

3. KULIT MUKA JADI CERAH
Pelembab R.N.A .Power Radical New Age SK-II memang mengandungi nutrisi yang boleh mencerahkan kulit. Kulit muka yang terjaga kelembapannnya akan kelihatan lebih segar dan berseri-seri.

Antara kandungannya ialah PITERA, estrak chlorella dan shea butter. Nurtrisi ini mampu membantu melembabkan kulit serta menyamarkan garis-garis halus yang disebabkan kulit terlalu kering, sekaligus membantu mencerahkan kulit muka.

4. MENCEGAH PENUAAN SEMULAJADI
Seiring dengan pertambah usia, biasalah kan kulit kita akan menjadi lebih kering kerana pengeluaran minyak berkurang.So, pemakaian pelembab inilah yang akan membantu mencegah kulit muka kita daripada kekeringan.
Gejala-gejala penuaan seperti tompok-tompok hitam dan sebagainya boleh diatasi dengan penggunaan pelembab. Bahan anti-aging di dalam pelembab R.N.A .Power Radical New Age SK-II juga dapat membantu kulit muka kelihatan lebih anjal serta awet muda.



CARA NAK PAKAI:

1. Ambil sedikit krim pelembab R.N.A .Power Radical New Age SK-II

2. Gunakah jari untuk mengolesnya pada dahi, pipi dan dagu.

3. Ratakan perlahan dari tengah, kemudian bawa ke arah luar sehingga rata ke seluruh kawasan muka (gerakan melingkar atau membulat)

4. Pakai jari manis dan lakukan dengan lembut untuk mencegah penekanan yang berlebihan pada kulit muka kita yang lembut nipis tu.
Nota: Sis akan pakai pelembab nie dua kali sehari, selepas mandi. Sis pakai sikit-sikit jer. Lagi satu, sebelum pakai make up, Sis memang pakai pelembab terlebih dahulu.



Untuk korang yang punya kulit kering, memang elok sangat pakai pelembab. Kalau korang terus biarkan, nanti kulit muka korang akan jadi lebih kasar dan rosak. Pelembab R.N.A.Power Radical New Age SK-II nie boleh jadi penyelamat!

Sekian dulu catatan Sis kali ini. Sampai jumpa lagi. Tataaa…

P/S: Chop! Dulu Sis ada share pasal FACIAL TREATMENT ESSENCE SK-II, baca tau sebab kalau pakai satu set, lagi bagus.


Lurve,
Sis Anie Mohamed