Cara Pilih Lemon | Bukan semua orang tahu lemon mempunyai banyak manfaat atau kebaikan. Dan bukan semua orang juga tahu cara pilih lemon yang segar. Kadang-kadang kulit luar nampak elok, tetapi bila dibelah, dalamnya membusuk!

cara pilih lemon

Ada beberapa perkara penting yang sebaiknya korang tahu ketika nak pilih buah lemon nie. Sis pernah baca tips memilih lemon dan inilah cara yang sering Sis amalkan setiapkali nak membelinya.

Ketahui Cara Pilih Lemon Segar 


1. Pilih buah yang bersaiz kecil dengan warna kuning terang. Biasanya lemon yang bersaiz kecil nie lebih sedap untuk dibuat jus berbanding buah yang bersaiz besar.

2. Pegang atau rasa seluruh kulit lemon tu. Biasanya buah yang dah agak lama akan terasa lembik dan kasar ketika dipegang.

3. Pilih yang kulitnya agak elok. Lemon yang bertekstur keras dan berkulit tebal selalunya tidak banyak air.

4. Elakkan membeli lemon yang berwarna kuning pucat atau kusam serta berbintik-bintik. Mungkin ianya nampak segar, tetapi tahap masamnya lebih kuat. Manakala bintik-bintik hitam atau coklat, menunjukkan ianya hampir busuk.

5. Jika korang nak gunakan kulit lemon sebagai salad dressing, penambah rasa masam pada kuih, kek atau masakan, sebaiknya korang pilih lemon yang ditanam secara organik.

6. Cium baunya. Kalau rasa semacam jer, tak der bau aroma sensasi segar lemon, maknanya tak eloklah tu.

Begitulah ceritanya. Oh, ya kalau korang nak tahu buah lemon bukan setakat bagus untuk kesihatan tubuh, tetapi juga untuk kecantikan kulit.

Air perahan lemon atau jus lemon mampu membantu menurunkan berat badan, mengawal tekanan darah sehingga dikatakan dapat mencegah pelbagai penyakit. 


cara pilih lemon  

Tips Minum Air Lemon Untuk Turunkan Berat Badan 


* Minumlah segelas air perahan lemon atau jus lemon suam yang dicampur dengan madu pada setiap hari.
Buah lemon juga pula mempunyai nutrisi semulajadi yang boleh membantu pengelupasan kulit, menyelesaikan masalah kulit kering dan sel-sel kulit yang mati.

So, janganlah korang rasa pelik, kalau banyak estrak lemon ini digunakan dalam produk-produk penjagaan kulit seperti mask, losyen dan sebagainya.

Baca Juga: Cara Atasi Rambut Berminyak

Selesaikan Masalah Gatal Kulit Kepala Dan Kelemumur Dengan Lemon


  •  Basahkan rambut sehingga ke kulit kepala dengan air perahan lemon. Urut perlahan-lahan bagi melancarkan perjalanan darah dan merangsang pertumbuhan rambut. 
  • Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci sehingga bersih bagi mengurangkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur serta menjadikan rambut anda lebih lembut dan bersinar.

Itulah antara kebaikan lemon dan cara pilih buah lemon yang boleh korang cuba. Kalau korang dapat beli lemon yang segar, simpanlah dalam peti ais.

Sis tak cuci dengan air, lap-lap jer macam tu sampai bersih supaya lemon tu lebih tahan lama bila disimpan dalam peti sejuk.

Kalau salah satu biji lemon yang disimpan tu membusuk, cepat-cepatlah buang atau asingkan.Jangan biarkan disitu.Nanti akan merebak ke buah-buahan lain. Selamat mencuba perkongsian tentang cara pilih lemon ini.