Masalah susah nak buang air besar atau sembelit boleh dilami oleh sesiapa sahaja. Tak kira orang dewasa, kanak-kanak mahupun ibu mengandung.Kalau kena masalah nie time mengandung memang seksa.Sewaktu mengandung kita memang kena jaga pemakanan.Kalau salah makan atau kurang mengambil makanan yang mengandungi serat serta kurang minum air masak, senang jer kena sembelit.
Sebenarnya sis jarang mengalami masalah susah buang air besar nie. Nak tahu sebab apa? Semasa mengandung dulu, dah hafal beberapa jenis makanan yang boleh mengatasi sembelit.
Wahh… gitew… tapi betullah dan kat sini sis share kat korang yang ada masalah pembuangan air besar.
Tak kisahlah korang mengandung ke tak, boleh jugak praktikannya. Kot-kot serasi dengan koranglah.
Berikut adalah cara mengatasi susah nak buang air besar dengan menikmati beberapa jenis makanan.
Rasanya ramai yang dapat tahu akan kebaikan buah yang satu nie. Buah betik mengandungi vitamin C dan serat yang tinggi.
Serat memainkan peranan penting dalam melancarkan sistem penghadaman dan ia berfungsi untuk membantu pergerakan usus, sehingga proses pembuangan menjadi lebih lancar.
Tapi, sejujurnya sis nak bagi tau nie. Hahhaaa… yang sis tak makan buah betik masak. Huhuhu… ‘mucuk’ baunya haahahha… tapi betik muda yang mengkal tu sis makan. Buat sayur air, tak pun cicah dengan cili kicap. Hihiihhi….
Oat dan gandum merupakan sumber karbohidrat kompleks yang bagus. Memang elok dijadikan menu sarapan bagi.
Malahan turut membantu melancarkan sistem penghadaman kita.Kalau oat tu, nak sedap taburlah kismis, walnut atau racik-racik buah-buah… epal ke… strawberry ke… aprikot ke... lagilah lazat.
Lagi satu nak cakap, oat dan gandum juga bagus untuk membantu menurunkan berat badan,mengawal gula darah dan menurunkan kolesterol dalam badan.
Baca Juga:
Itulah antara jenis makanan yang elok dimakan bagi mengatasi masalah susah buang air besar.
Selain itu, pastikan juga korang minum air masak secukupnya, 8-10 gelas sehari.
Jarang Sekali Susah Nak Buang Air Besar
Sebenarnya sis jarang mengalami masalah susah buang air besar nie. Nak tahu sebab apa? Semasa mengandung dulu, dah hafal beberapa jenis makanan yang boleh mengatasi sembelit.
Wahh… gitew… tapi betullah dan kat sini sis share kat korang yang ada masalah pembuangan air besar.
Tak kisahlah korang mengandung ke tak, boleh jugak praktikannya. Kot-kot serasi dengan koranglah.
Cara Atasi Masalah Susah Buang Air Besar
Berikut adalah cara mengatasi susah nak buang air besar dengan menikmati beberapa jenis makanan.
Makanan Terbaik Hilangkan Sembelit
1. Betik
Rasanya ramai yang dapat tahu akan kebaikan buah yang satu nie. Buah betik mengandungi vitamin C dan serat yang tinggi.
Serat memainkan peranan penting dalam melancarkan sistem penghadaman dan ia berfungsi untuk membantu pergerakan usus, sehingga proses pembuangan menjadi lebih lancar.
Tapi, sejujurnya sis nak bagi tau nie. Hahhaaa… yang sis tak makan buah betik masak. Huhuhu… ‘mucuk’ baunya haahahha… tapi betik muda yang mengkal tu sis makan. Buat sayur air, tak pun cicah dengan cili kicap. Hihiihhi….
2. Oat Dan Gandum
Oat dan gandum merupakan sumber karbohidrat kompleks yang bagus. Memang elok dijadikan menu sarapan bagi.
Roti gandum dan bijirin oat bernutrisi tinggi, mengandungi serat tinggi yang mana bukan sahaja memberikan energi.
Malahan turut membantu melancarkan sistem penghadaman kita.Kalau oat tu, nak sedap taburlah kismis, walnut atau racik-racik buah-buah… epal ke… strawberry ke… aprikot ke... lagilah lazat.
Lagi satu nak cakap, oat dan gandum juga bagus untuk membantu menurunkan berat badan,mengawal gula darah dan menurunkan kolesterol dalam badan.
Baca Juga:
Kebaikan Vitamin E Untuk Kulit Cantik
Brokoli, bayam, lobak merah dan kobis mempunyai kandungan serat tinggi yang berupaya membantu melancarkan sistem penghadaman.
Bab makan sayur nie, sis tak ada masalah sebab sis memang pencinta sayur-sayuran.Lemau badan kalau tak dapat makan sayur-sayuran!
Mungkin masih ada yang tak tahu bahawa yogurt nie bagus untuk penghadaman terutama usus.
Bakteria baik yang terkandung pada yogurt sangat berguna untuk membantu menseimbangkan mikroflora yang ada pada usus.
Kalau nak jaga kesihatan usus, memang elok sangat kalau kita makan yogurt nie. Tapi kan… Sis tak adalah suka sangat makan yogurt nie. Tapi, untuk kekal sihat Sis paksa jugak diri ini untuk ‘terbiasa’ menikmatinya.
Pisang mengandungi serat yang baik untuk melancarkan proses pembuangan air besar.
Kebaikan Daun Kesum
3. Sayur-Sayuran
Brokoli, bayam, lobak merah dan kobis mempunyai kandungan serat tinggi yang berupaya membantu melancarkan sistem penghadaman.
Bab makan sayur nie, sis tak ada masalah sebab sis memang pencinta sayur-sayuran.Lemau badan kalau tak dapat makan sayur-sayuran!
4. Yogurt
Mungkin masih ada yang tak tahu bahawa yogurt nie bagus untuk penghadaman terutama usus.
Bakteria baik yang terkandung pada yogurt sangat berguna untuk membantu menseimbangkan mikroflora yang ada pada usus.
Kalau nak jaga kesihatan usus, memang elok sangat kalau kita makan yogurt nie. Tapi kan… Sis tak adalah suka sangat makan yogurt nie. Tapi, untuk kekal sihat Sis paksa jugak diri ini untuk ‘terbiasa’ menikmatinya.
5. Pisang
Kalau susah buang air besar, try la makan buah pisang pada setiap hari. Makanlah dua atau tiga biji sehari.Pisang mengandungi serat yang baik untuk melancarkan proses pembuangan air besar.
Sis ada seorang member yang suka sangat campur pisang dengan segelas susu.Katanya, cara tersebut mampu membantu mengurangkan risiko penyakit usus, macam kanser usus besar. Sis tak pernah cuba buat macam tu, sebab tak lalu. Huhuhu…
Itulah antara jenis makanan yang elok dimakan bagi mengatasi masalah susah buang air besar.
Selain itu, pastikan juga korang minum air masak secukupnya, 8-10 gelas sehari.
Nak lagi bagus, lakukan senaman ringan seperti berjalan santai selama 20-30 minit pada setiap hari.
Insya-Allah, masalah sukar nak buang air besar akan selesai.Sekian dulu perkongsian info.Semoga bermanfaat. Jumpa lagi.Tataaa…

0 Comments