buang lemak

Bila umur semakin meningkat, tak jaga makan dan kurang pulak berenam, salah satu tempat yang paling suka lemak-lemak jahat nie landing adalah kat perut! 

buang lemak

Timbunan lemak kat perut tulah yang membuatkan perut kita nampak buncit.Hissh… punyalah sakit hati kan bila tengok kat cermin perut nampak buncit semacam.Jadi, sebab itulah ramai yang nak tahu cara cepat untuk hilangkan lemak di perut dengan cepat.

Kalau tanya Sis, bab perut buncit nie memang stress dibuatnya. Lagi-lagi kalau pakai baju yang kecik sikit. Tetiba tang perut tu nampak menyerlah sangat, dah macam orang mengandung pulak! Huhuhu... sadis sangat. hahahaha...


Disebabkan tak mahu timbunan lemak kat perut nie terus menebal menjadi seperti bongkah ais, jadi marilah kita sama-sama mencuba 5 rahsia mudah untuk menghilangkan timbunan lemak di perut ini.




1. Bersenam

Kalau korang nak tahu bersenam adalah cara paling tepat dan efektif untuk menghilangkan lemak di perut. Walaupun Sis tahu, ramai di antara kita yang liat nak bersenam tapi kalau nak misi buang lemak di perut kita nie berjaya, kenalah tekad ya. 

Dengan bersenam segala lemak yang terdapat dalam tubuh termasuk kat perut kita tu pun akan terbakar.

Kalau kita betul-betul nak kempiskan perut, pilih senaman yang sesuai macam aerobik, "sit up" dan berbasikal.Apa yang Sis secara rutin sekarang nie adalah "sit up" sebab yang lain-lain tu tak sempat. 

Busy sangatlah konon-kononnya. Hahhaa...


buang lemak


2. Diet Yang Tepat 

Kalau nak ikutkan memang tak ada cara yang cukup mudah untuk menghilangkan lemak di perut. Nak tak nak, korang tetap perlu berdiet. Tapi, bukanlah diet yang ‘kaw-kaw’. Sebaliknya, diet yang sihat.

Pilih makanan yang kaya dengan serat macam oats dan buah epal.Buah oren yang kaya dengan vitamin C juga elok korang makan kalau nak hapuskan lemak di perut.

Macam sekarang nie pun, Sis try kurangkan pengambilan nasi, terutama sebelah malam. Kalau lapar, Sis 'belasah' oats dan buah-buahan.






3. Kurangkan Pengambilan Makanan Manis

Gula adalah musuh utama dalam makanan ataupun minuman yang seharusnya korang elak jika mahu hilangkan lemak di perut.

Pengambilan gula berlebihan boleh membuatkan timbunan lemak menjadi semakin menjadi-jadi. Adalah lebih baik kalau korang pilih makanan atau minuman yang berprotein.

Mujur jugaklah sebab Sis kurang suka makanan atau minuman yang manis-manis.Takut kena "potong kaki" hahhaaa....





4. Minum Teh Hijau

Minum teh hijau secara rutin cukup berkesan untuk menghilangkan lemak di perut dengan cepat. Manfaat teh hijau cukup banyak, antaranya mempercepatkan metabolisme tubuh dan membuatkan lemak yang ada di perut akan terbakar habis menjadi energi. 


BACA JUGA: TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEH HIJAU


Waktu yang dikatakan paling ideal untuk minum teh hijau ialah selepas bersarapan pagi dan selepas makan makan tengahari.

Ianya dapat membantu melancarkan metabolisme dan menghadamkan makanan dengan lebih cepat.





5. Air Masak

Jangan tak percaya atau yakin ok, yang air masak ni mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh kita termasuklah untuk hilangkan lemak di perut.

Air masak pun mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga lemak yang ada tu akan terbakar dengan lebih cepat. Lagi satu, minum air masak sebelum makan jugak boleh menurunkan nafsu makan.Perut yang tadi lapar dan penuh dan kenyang dengan air!

Hahhaa…. Tapi, minum air masak tau bukan air sejuk dalam peti ais! Nanti tak terbakar la pulak ke semua lemak-lemak jahat tu.





Itulah 5 cara mudah hilangkan atau buang lemak di perut yang boleh korang cuba. Pastikan korang tak terus tidur selepas korang dah ‘belasah’makanan.Kalau tak, terimalah balasan yang lemak-lemak kat perut korang tu akan terus membukit! Hahahah…

Semoga perkongsian info nie bermanfaat untuk korang yang ingin hilangkan lemak di perut.Sampai jumpa lagi. Tatataa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed

Gambar: Sumber Google