Makanan Bakar Lemak

Lemak bersarang di perut! Kalau difikirkan boleh jadi stress tau. Jadi, marilah kita bersama-sama mencari penyelesaian untuk masalah ini. Hahahha.. hahaha..

Percayalah korang tidak bersendirian untuk menghadapi masalah ini, kerana Sis pun turut mengalami. Sejak-sejak kurang aktif bersenam dan gemar makan lewat malam, makin menjadi-jadi pulak lemak bersarang di perut nih.

Tak sanggup rasanya untuk terus membiarkan keadaan ini berlarutan.Panjang umur, bulan Jun nanti kita dah nak raya. Tak syoklah nak melaram baju raya dengan perut yang membuak dengan lemak tu. Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha menghapuskan lemak di perut sebelum ketibaan Hari Raya nanti.

Selain membuatkan penampilan kita tak lawa, lemak yang bertimbun tu boleh membuatkan kita diserang pelbagai penyakit, seperti diabetis dan jantung. Dah tua-tua nie lagilah kita kena jaga kesihatan tubuh badan.





1. AVOKADO

Bukan semua orang suka makan buah avokado. Ikutkan,Sis pun tak berapa gemar, tapi tetap berusaha untuk belajar menyukainya. Nak tahu sebab apa? Sebab, buah avokado nie merupakan salah satu makanan terbaik untuk membantu membakar lemak.





2. DARK CHOCOLATE

Flavonoid dalam dark chocolate atau coklat hitam berupaya untuk membakar kalori serta meningkatkan kadar energi. Selain itu, dark chocolate juga mempunyai keupayaan untuk mengatur gula darah, menurunkan tekanan darah serta menghalang kolesterol jahat.







3. YOGURT

Boleh tambahkan diet dalam menu harian kita. Tapi, kita kenalah pilih yogurt yang rendah lemak dan juga rendah gula. Bakteria baik yang terkandung dalam yogurt mampu mengusir racun di dalam perut, sehingga membuatkan penyerapan makanan dapat berjalan dengan lebih lancar.




4.TEH HIJAU

Sis percaya ramai yang sudah mengetahui kebaikan daripada khasiat teh hijau. Minuman ini dikatakan mampu membuatkan tubuh kita menjadi lebih mudah kurus kalau nak diet. 

Teh hijau mengandungi antioksidan aktif iaitu ‘catechin’, yang mana boleh mengatur metabolisme dan membakar lemak dengan lebih cepat. 

Nak tahu teh hijau yang menjadi kegemaran Sis untuk kekal sihat tanpa lemak berlipat, KLIK SINI







5. OATMEAL

Dulu Sis memang tak berapa lalu nak makan oatmeal nih. Tapi, bila perut dah membuncit nih, Sis pun belajarlah makan oatmeal nie siang dan malam.

Kalau rasa perut tetiba lapar, Sis balunlah. Oatmeal juga dikatakan bagus untuk membantu kelenjar tirood dalam menghasilkan hormone yang boleh menghancurkan lemak di dalam perut.





6. SALAD SAYURAN HIJAU

Bab makan sayur-sayuran nie Sis tak ada masalah. Memang Sis suka. Kalau salad sayuran hijau lagilah. Selain sedap dimakan, salad sayuran hijau ini juga dikatakan dapat membakar timbunana lemak yang bersarang di perut dengan cepat. 

Kita akan berasa cepat kenyang, secara tak langsung nafsu makan kita akan terkawal.





Itulah antara 6 makanan pembakar lemak yang boleh korang jadikan panduan untuk menurunkan berat badan.Di samping itu, jangan lupa mengawal pengambilan makanan berkalori tinggi, minum air masak secukupnya serta lakukan sedikit senaman setiap hari bagi mendapatkan berat badan yang ideal, sihat dan tidak terlebih berlemak!

Semoga kita sama-sama berjaya ya! Hahhaa…ok, sampai di sini dulu. Jumpa lagi. Tata…
Lurve,
Sis Anie Mohamed


Kredit Foto: Google