Sekali-sekala berbuka puasa di luar bersama keluarga atau kengkawan seronok juga. Di samping dapat 'cuti dapur berasap', dapat juga kita mengeratkan hubungan dengan orang-orang yang kita sayangi. Jom ajak family atau kengkawan iftar sesama di Bangi Golf Resort.


Tiada apa yang perlu korang gusarkan, sebab kali ini Buffet Ramadha Bangi Golf Resort (BGR) mengangkat tema ‘Kebun Dalam Bandar’yang confirm menyelerakan.Lebih 200 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa bakal disajikan sebagai juadah berbuka puasa. Konsep ‘Kebun Dalam Bandar’ nie begitu istimewa kerana mengenegahkan bahan mentah yang ditanam sendiri, khususnya masakan Melayu dan tradisional.



Nasi Kerabu bersama ulam-ulaman organic yang dipetik sendiri oleh chef-chef BGR yang berpengalaman tidak patut korang lepaskan. Memang ‘meraung’ nasi kerabunya, lebih-lebih lagi kalau dimakan bersama serunding kelapa ikan, ayam goreng berempah dan sambal tumis. Kombinasi ulam-ulaman seperti bunga kantan, ulam raja, daun selom, kacang panjang memang ‘kena’ dengan Nasi Kerabu.







Kalau korang suka, boleh bubuh budu yang diperasakan dengan hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Sis suka makan Nasi Kerabu tapi tanpa budu lah… sebab Sis tak makan budu. Korang pernah dengar pasal bunga Telang tak? Bunga Telang yang menghasilkan warna biru pada Nasi Kerabu tu pun datangnya daripada kebun BGR ya.
Kambing Bakar sentiasa mendapat sambutan! 
Enak dikunyah... Kambing Bakar BGR memang laris
Sup Kambing. Walaaweyyyyy.... mantap!
Wajib cuba! Ipoh Hor Fun 
Banyaknya Menu Yang Lazat!
Tak sahkan kalau Buffet Ramadhan,tak ada Kambing Bakar. Aromanya cukup menyengat, begitu juga dengan Sup Kambing Mamak. Kalau korang suka makan Nasi Ayam, cubalah rasa kenikmatan ayam yang dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental.













Bagi korang yang menggemari masakan India, yezaaaa… boleh cuba rasa Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri dan daging Kambing Masak Hitam Mamak.Jamulah selera bersama nasi kukus.Ishhh… sedap!





Enak Tak Terkata! Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma 
Kalau rasa nak pekena masakan Barat, rasalah keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar. Pasta pun ada tau, Spaghetti dan Penne yang boleh dinikmati bersama sos Bolognese ayam atau carbonara.





Manisan Dan Pencuci Mulut
Meriah sangat deretan manisan dan pencuci mulut di BGR nie. Ada Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali serta kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis, Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning, Putri Ayu dan macam-macam lagi.










Kuih-muih tradisional pun ada tau... 
Pulut kuning dimakan bersama rendang daging. Terangkat weyy! 
Selain itu, terdapat juga Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Chocolate Cake bersama Chooco Cream, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Oreo Cheese Cake dan lain-lain.

Berkongsi PahalaKalau korang nak tahu, Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Sedikit sebanyak melalui sumbangan yang diberikan itu dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan tersebut bagi membantu nasib insan-insan yang kurang bernasib baik.
Di samping itu, Restoran BGR juga akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Harga Yang Ditawarkan
Buffet Ramadhan di Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan bermula dari 19 Mei hingga 13 jun, 2019.Harga yang ditawarkan, bermula dari RM 59 nett (dewasa) dan RM29 nett (kanak-kanak) .Berbaloi,kan kerana korang boleh menikmati pelbagai hidangan enak dengan sepuas-puasnya.

TEMPAHAN ONLINE:
https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/
Atau telefon: 1 700 81 8557 untuk menempah.
Atau jenguk www.instagram.com/bangigolfresortofficial

BUFFET RAMADAN 2019 KLIK SINI

Nanti kita datang lagi ye Kak Long :)) 
Jangan Risau Bab Parking Dan Surau
Bab parking kenderaan tak payah risau tau. Luas sangat lebih dari 800 ruang parkir. Nak solat pun senang. Ada ruang solat untuk tetamu lelaki dan wanita. Tandas pun okay, bersih dan ada 16 kubikel. Tak payah nak berebut atau beratur panjang-panjang lagi.
So, korang jangan lupa untuk buat tempahan buffet Ramadhan kat BGR nie nanti. Tempah siap-siap, sebab saban tahun Restoran BGR nie sentiasa dapat sambutan.Takut penuh nanti, dah melepas pulak kan...
Sekian dulu.Jumpa lagi di catatan akan datang.Tataa…

Suasana bertambah ceria kalau ada Kolin Zainal dan Aini Zubir :) 
Kalau jumpa mesti nak bergambar dengan Kak Sue dan si kakak nie... love sangat!
Lurve,
Sis Anie Mohamed