Salam ramadan dan selamat berpuasa korang. Hari ini adalah hari pertama kita berpuasa. Tentu ada di antara kita yang rasa 'lemau' dan seakan tidak bermaya.
Sis tak nafikan hari pertama atau minggu pertama puasa nie hebat sikit dugaannya. Paling ketara, ada di antara kita akan diserang diare dan sakit perut.Jadi, untuk mengatasi masalah ini kita kenalah lebih ‘jaga-jaga’ bab pemakanan.



Penting tau sebab pengambilan makanan berbuka puasa yang tak betul atau tepat boleh buat kita sakit perut. Berbuka puasa dengan makanan yang pedas-pedas, bedal ‘kaw-kaw’ lewat malam atau bersahur pun boleh membuatkan kita mengalami diare (cirit-birit).

Jadi, adalah lebih baik kalau kita dapat kurangkan makanan pedas, sambal-menyambal hahahha… makanan bersantan… berlemak likat, minuman yang terlalu manis dan berais batu. 

Lagi satu, faktor makanan, persekitaran dan kebersihan bagi korang yang tak masak, makan kat luar ataupun ‘tapau’ pun kena alert jugak. Sebab time bulan puasa nie lah, akan muncul ramai peniaga. So, pandai-pandailah korang buat pilihan ya.
Okay, Sis tak mahu cakap panjang-panjang pasal tu. Kat sini Sis nak kongsikan 5 tips supaya kita nampak fresh atau segar dan bersemangat ketika berpuasa.




1. Kena Aktif
Kalau tak nak badan kita terasa lemau, lesu dan tak bermaya jer kita kena aktif.Sekurang-kurangnya kita tak adalah pikir soal makan atau perut yang sudah berbunyi!




2. Bersenam Sikit
Memanglah tengah puasa, tapi taklah kita langsung tak boleh bersenam. Buatlah senaman ringan atau ‘stretching’, yang mana ia akan membuatkan kita jadi lebih fokus ketika bekerja ataupun belajar walaupun berpuasa.


3. Minum Air Masak Secukupnya
Ketika berpuasa, tubuh kita akan kehilangan elektrolit dan mineral melalui pengeluaran peluh dan kotoran badan lainnya. Pengambilan air masak akan membantu mengisi balik air yang dah hilang, selain menjaga keseimbangan elektrolit di tubuh kita.
Lagipun, kekurangan air ketika berpuasa juga boleh membuatkan dehidrasi, sehingga pening kepala dan rasa nak pitam. Jadi, minumlah air secukupnya. Minum secawan teh manis boleh menaikkan kembali gula darah kita.


4. Cukup Tidur
Biasalah time bulan puasa nie, waktu tidur kita akan jadi berubah. Kalau korang masak untuk makan sahur, lagilah kan… makin awal lah kena bangunnya.
Sungguhpun begitu, kita kena pastikan tidur cukup 6-8 jam sehari. Haaa… barulah badan kita terasa segar untuk beraktiviti. Kalau ada kesempatan, cubalah lelapkan mata 15-30 minit.
Bila sentuh bab lelapkan mata, dulu-dulu time makan gaji, kalau dah mengantuk ‘giler babun’,menguap tak henti-henti, Sis akan lari masuk toilet hahaha… Dapat tidur-tidur ayam sekejap pun jadilah. Jangan bayangkan macam mana gaya Sis waktu itu okey... hahhahaa... 



5. Buat Catatan Kalau Tak Nak Lupa!
Bulan-bulan puasa nie, otak kita kadang-kadang kurang function hahhahaa… Maklumlah bila perut lapar dan dahaga nih. Lain macam jer… Hahaha….
Memandangkan Sis nie jenis pelupa sikit, Sis memang suka tulis atau catat apa Sis nak buat apa.. apa yang perlu Sis buat dan sebagainya. Guna aplikasi Evernote pun okay, senang nak catat segala tugasan kerja, jadual atau senarai barang yang nak kita beli.
Itulah antara tips tetap fresh dan bersemangat time berpuasa yang dapat Sis kongsikan. Akhir kata, selamat berpuasa semua, semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan sebaiknya.

Sampai jumpa lag.

Lurve,
Sis Anie Mohamed

Foto: Sumber Google