Bercuti di saat kita rasa stress memang ok sangat-sangat. Walaupun percutian tersebut singkat, tak sampai 3 atau 4 hari.
Bagi Sis, ia sangat efektif untuk menghilangkan rasa bosan atau stress yang melanda. Tak perlu sampai nak keluar negara atau berjalan jauh melangkaui beberapa negeri. Staycation di hotel dekat-dekat pun no hal!
Masuk bilik jer, terus ber-selfi hihii....
Dah pernah sampai ke Sunway Velocity Hotel Kuala Lumpur? Sis pun baru first time menginap di situ. Biarpun baru sekali, tapi kenangan manisnya masih melekat di hati sampai ke hari ini tau.Apatah lagi bercuti bersama keluarga.Banyak perkara-perkara menarik yang boleh dijadikan kenangan dalam percutian singkat itu. Very nice hotel to stay! Nanti karang Sis cerita ya apa yang bestnya kat hotel nih.

Perjalanan dari Shah Alam ke Sunway Velocity Hotel Kuala Lumpur tak lah jauh mana. Dalam tempoh 45 minit,kita orang dah sampai ke situ.Kalau korang nak tahu,hotel nie bercantum dengan Velocity Mall.So senanglah nak kalau rasa nak beli apa-apa keperluan, nak window shopping ke ataupun tengok wayang.
Lepas isi borang daftar masuk, dah boleh naik bilik
Ruang lobi yang luas dan cukup selesa
Bagi korang yang bercuti lama, nak jalan-jalan… cuci-cuci mata ataupun bershopping sakan.Tak puas jalan-jalan dalam Velocity Mall nie, boleh jer ke Pusat Beli-belah AEON Taman Maluri ataupun ke MyTown dan IKEA Cheras. Tak jauh mana, dalam 850 meter jer.
Minum petang dan sarapan pagi di sini - Kaffeinate
Bilik Superior Premier
Memandangkan kami ‘check in’ agak lewat, jadi lepas dapat kunci bilik di aras 14 dan berehat seketika, kemudian kami terus menikmati minum petang di Kaffeinate, aras 5.Pilihan menu untuk minum petang tak banyak. Tapi bolehlah untuk mengalas perut yang kosong.

Bercakap pasal bilik, perggh… memang terbaik.Kebetulan Sis bawak family, dua anak Sis ikut sekali jadi Bilik Superior Premier tu memang just nice untuk kami anak beranak.



Meja kerja pun ada...memang sempoi!
Memandangkan kami ‘check in’ agak lewat, jadi lepas dapat kunci bilik di aras 14 dan berehat seketika, kemudian kami terus menikmati minum petang di Kaffeinate, aras 5.Pilihan menu untuk minum petang tak banyak. Tapi bolehlah untuk mengalas perut yang kosong.
Bercakap pasal bilik, perggh… memang terbaik.Kebetulan Sis bawak family, dua anak Sis ikut sekali jadi Bilik Superior Premier tu memang just nice untuk kami anak beranak.
Katil sofa yang cukup selesa buat anak-anak tidur |
Meja kerja pun ada...memang sempoi!
Bilik air kemas, bersih dan cukup selesa untuk mandi dan juga 'memerut' huhuu... |
Satu katil double yang besar dan satu katil sofa yang Sis rasa besar jugak. Bilik pun luas, cantik, kemas susun aturnya serta bersih. Tak ada bau-bauan yang kurang menyenangkan. Begitu juga dengan toilet. Walaupun tak ada bath tub, tapi bilik mandinya cukup selesa dengan pancuran mandian.
Hair dryer pun turut disediakan selain daripada peralatan mandian percuma. WiFi pun ok, percuma di seluruh kawasan penginapan.Kot-kot ada yang mahu jimat mobile data hahhaha….
Ouch! Viewnya memang lawa |
View Yang Super Awesome!
Kami tak ambil masa yang lama bersantai di Kaffeinate kerana masing-masing dah tak sabar nak terjun kolam! View dari kolam renang infiniti di atas bumbung, aras 16 ini ini memang superb.Korang boleh berendam sambil menyaksikan pemandang yang cantik sampai jam 9 malam.
Mana boleh tak rakamkan segala kenangan di sini.... Cantik wooo...
Sis sendiri pun cukup teruja bermain air di kolam renang infinity nie
Kalau ikutkan anak-anak, masih lagi seronok bermain air walaupun senja sudah berlabuh. Hampir azan Maghrib baru kami keluar dari kolam renang.Itupun jenuh memujuk Dea Marissa yang tidak mahu berganjak keluar dari kolam tersebut.
Jacuzzi pun ada tau...giler tak syok!
Dea Marissa paling syok main air... Kalau boleh nak sampai malam berendamnya.. huh..uhuhu
Aktiviti Malam Hari
Sebenarnya sudah cukup selesa untuk merehatkan diri di dalam bilik hotel nih. Kena pulak aircond, rasa nak tarik selimut jer hahhaa… Tapi, memandangkan hotel ini bersambung dengan Sunway Velocity Mall, rugi pulak rasanya kalau tak keluar berjalan-jalan, mencuci mata. Hahaah….
Bila dah keluar ke mall tu, nampak pulak McDonalds. Hissh… bukan anak-anak yang tak dapat tahan, momma dan papanya sekali lah. Port makan, dalam mall nie boleh tahan jugaklah, ada banyak juga pilihan.
Bercuti pun kita masih boleh 'work out' sebab gym nie bukak 24 jam
Dah puas relaks, anak-anak pun dah terlena. Kita orang berdua apa lagi, cabutlah pergi ke gym. Syoknya gym kat Sunway Velocity Hotel nie dibuka 24 jam.Bila-bila masa jer korang boleh pergi. Equipment-nya pun ok, nampak bersih.
Awal pagi dah menjamu selera |
Sarapan Pagi Di Kaffeinate
Sekitar 8 pagi, kita orang turun ke aras 5 untuk menikmati Sarapan Pagi Di Kaffeinate.
Sarapan pagi bermula pada jam 7 pagi sehingga 10.00 pagi.Menu dihidangkan secara buffet.Selain local breakfast, macam American breakfast pun ada,sosej. Telur separuh masak, roti dan lain-lain lagi
Sebelum check out, bergambo dululah .. buat kenang-kenangan |
Memandangkan percutian ini singkat, 2 hari 1 malam sahaja, sekitar jam 12 tenghari kiter orang pun check out.Kalau ada rezeki memang nak datang staycation kat hotel nie lagi.
Pendek kata, asyikkkkkkk! Okay, itu serba sedikit catatan yang dapat Sis kongsikan.Lepas nie kalau rasa nak jalan-jalan kat IKEA Cheras, boleh sangatlah menginap di Sunway Velocity Kuala Lumpur
Lurve,
Sis Anie Mohamed
0 Comments