Buat Green Smoothies Sendiri
Tak terkecuali, Sis pun. Hahaha.. haha… Tetiba jadi semakin rajin pulak nak buat green smoothies sendiri. Bagi yang kurang tahu tentang green smoothies nie biar Sis explain sikit apa yang Sis tahu.
Green smoothies adalah minuman kesihatan organik yang dihasilkan daripada sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.Kalau kita tengok, memang nampak macam jus buah tapi yang nie lebih pekat atau kental , ala-ala ‘milk shake’ gitew.
Buang Racun Dalam Tubuh
Sebenarnya ada banyak cara untuk detoks atau buang racun terkumpul dalam tubuh. Ada yang mengambil suplemen detoks untuk menghilangkannya.Tapi, kalau tanya Sis la kan, Sis lebih suka detoks dengan cara semulajadi yang lebih selamat.Caranya macam nie lah, dengan smoothie yang dihasilkan dari sayur-sayuran ataupun buah-buahan. Minuman ini berupaya membersihkan darah dan organ tubuh dari dalam sehingga menjadikan tubuh lebih sihat, cantik dan awet muda.Ini adalah kerana kulit dan juga rambut kita mendapat nutrisi, vitamin dan mineral yang mencukupi.
Kalau korang nak kekal cantik dan sihat,lagi-lagi lepas Raya nie yang dah macam-macam korang ‘balun’ hahah… eloklah sangatlah korang berdiet dengan smoothie.
Caranya tersangatlah mudah. Korang hanya perlukan blender atau alat pengisar. Masukkan buah-buahan mahupun sayur-sayuran pilihan korang serta ais dan blend.
Caranya tersangatlah mudah. Korang hanya perlukan blender atau alat pengisar. Masukkan buah-buahan mahupun sayur-sayuran pilihan korang serta ais dan blend.
Baca Juga: Petua Mujarab Merawat Sakit Tekak
Green Smoothie Paling Sedap!
Sis paling suka Smoothie, gandingan epal hijau dengan saleri. Campur sedikit dengan air perahan lemon. Memang sedap!Epal hijau dan saleri punya kebaikan atau khasiat yang tersendiri. Memang bagus kalau kita minum secara rutin.
Tak pun, smoothie epal hijau dengan timun. Nak lagi ‘meletop’ letak sedikit perahan lemon dan garam bukit. Letak sedikit perahan lemon dan garam bukit. Serius… sedap, menyegarkan serta menyihatkan.
Tak pun, smoothie epal hijau dengan timun. Nak lagi ‘meletop’ letak sedikit perahan lemon dan garam bukit. Letak sedikit perahan lemon dan garam bukit. Serius… sedap, menyegarkan serta menyihatkan.
0 Comments