Rasanya dari dulu sampai sekarangpun Dashing, jenama produk penjagaan lelaki ini masih melekat di hati anak-anak muda lelaki dan juga mak bapak.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, ternyata DASHING memahami sepenuhnya keperluan dan kehendak lelaki masa kini.



Empat Variasi Aroma Hebat
Patut diakui DASHING DEO + PERFUME body spray yang tampil dengan empat variasi aroma hebat dan segar sepanjang hari khusus untuk lelaki ini penuh semangat. Semburkan secara menyeluruh pada badan dan rasakan kesan segar yang luar biasa!

Produk DASHING DEO + PERFUME body spray ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodorant dan minyak wangi dalam satu botol.Ianya juga dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, mampu memberikan haruman maskulin yang tahan lama untuk memastikan korang tampil harum mewangi gitew sepanjang hari.

Bukan main-main tau…. Dengan kekuatan sebagai agen anti-bau dan anti-bakteria, DASHING DEO + PERFUME body spray baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan

Tahan Sampai 5 Bulan
Kalau korang nak tahu, selalunya la kan semburan deodorant biasa tu hanya mampu bertahan dalam masa dua hingga ke tiga minggu, tetapi DASHING DEO + PERFUME body spray mampu bertahan lebih lama.Formulanya adalah 100% deodorant dan sangat menjimatkan.

Sebotol DASHING DEO + PERFUME body spray tu boleh memberikan semburan sehingga 880 kali. Bermakna mampu bertahan sehingga 146 hari, iaitu sampai lima bulan! 

Kalau korang nak tahu jugak produk DASHING DEO + PERFUME body spray ini menggabungkan kedua-dua kebaikan deodorant dan minyak wangi dalam satu botol.

Ianya juga dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, mampu memberikan aroma maskulin yang tahan lebih lama apabila dispray di beberapa sport terpeting di badan.

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DASHING DEO + PERFUME body spray baharu ini turut memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan.



Empat Variasi Bau Segar Dan Memikat
DASHING DEO + PERFUME body spray ini didatangkan dalam empat variasi bau yang segar dan memikat.

• HATTRICK
Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

• ULTIMATE KICK
Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

• SPEED

Dicitpa khas buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat.Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

• HITMAN
Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.



DASHING DEO+PERFUME body spray hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga RM12.20

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk DASHING DEO+PERFUME body spray, layari https://www.faceboook.com/Dashing.MY/
Atau https://www.instagram.com/dashing_my/



Memandangkan Sis ada tiga orang anak bujang yang dah remaja,lepas nie Sis akan pastikan mereka melalui hari tanpa risaukan masalah bau badan. Sebab DEO+PERFUME body spray dapat membantu mereka mencegah masalah bau badan yang tidak diingini!

Baca Juga: 3 Cara Mudah Atasi Masalah Rambut Berbau Hapak



Sebelum berpisah nak bagi tau jugaklah, keempat-empat DEO+PERFUME body spray tu sedap baunya.Sekali spray jer dan terbau wangi! Hahaha….




Lurve,
Sis Anie Mohamed