Serius! Memang canggih, vakum keluaran terbaru dari Philips ini. Philips SpeedPro Max Aqua- Cordless Vacuum Dengan Kuasa Pembersihan 3 Dalam 1. Ia mampu menjadi penyelamat di saat kita terlalu sibuk atau tidak punya banyak masa untuk mengemas atau membersihkan rumah.



Terlalu manis untuk dikenang. Betul-betul tak sangka boleh menang 'lucky draw'. Alhamdulillah... rezeki birthday kot!









Alhamdulillah, syukur sangat sewaktu majlis pelancaran vakum ini tempohari, sis bertuah memenangi lucky draw tersebut. Sebelum majlis bermula, sis memang cukup bersemangat serta teruja untuk memilikinya. Dan bila diumumkan nama sis sebagai salah seorang pemenang, sumpah memang terkejut habis.Sebab sebelum tu, member blogger Kolin Zainal dah cakap, "Ko memang menang kak!"Hahaha.... allhamdulillah masin mulutnya. Jadi, rezeki sis lah! Nanti, bila-bila ada lucky draw, cakap macam tu lagi tau ye Kolin. Hahaha...

Melihatkan kelebihan serta kecanggihan Philips SpeedPro Max Aqua,dah terbayang betapa mudahnya aktiviti mengemas dan membersihkan rumah.Malahan, anak-anak pun boleh membantu sebab sistem vakum dan mopnya cukup inovatif. Praktikal untuk sesi rumah gitewww…

Dengan adanya Philips SpeedPro Max Aqua, satu rumah jadi semakin rajin vakum dan mengemop lantai.
Kerja jadi mudah dan senang siapa, tak mahu!
Sis yakin, dengan andanya Philips SpeedPro Max Aqua- Cordless Vacuum Dengan Kuasa Pembersihan 3 Dalam 1, lepas nie keadaan pasti tak akan jadi kelam-kabut atau huru-hara macam dulu-dulu bila tetiba sahaja menerima kunjungan tetamu ataupun sanak-saudara.

Andaikata keadaan rumah masa tu, tak terkawal, tak menang tanganlah dibuatnya. Nak masak lagi… dan pada masa tu jugaklah nak mengemas dan mengemop lantai dengan cepat. Takkan lah nak biarkan tetamu yang datang tengok rumah kita dalam keadaan yang kotor dan berselerakkan. Malu ehhhh!!!

Dea Marissa pun rajin tolong momma selepas buat sepah! Hahaaa...

Kerja Rumah Jadi Lebih Mudah & Jimat Masa

Lagi satu, dalam seminggu tiga kali Sis akan mop lantai. Sebelum mop, dah tentulah kena sapu atau vakum terlebih dahulu. Disebabkan vakum yang ada kat rumah nie berwayar, jadi sis macam malas sikit. Disebabkan nak cepat, selalu sis guna cara tradisi jer iaitu pakai penyapu! Hahhaa…

So, bila dah ada Philips SpeedPro Max Aqua, rasa macam seronok dan terlebih rajin pula. Pembersihan rumah menjadi lebih pantas gitew dengan adanya muncung sedutan 360 darjah yang sangat superb. Mampu menyedut segala kekotoran, dan sistem penapis tiga peringkatnya tu berupaya menarik semua debu-debu halus yang tersorok serta bakteria di setiap pelusuk ruang kediaman.Habuk, sisa-sisa makanan celah sofa,sawang yang melekat kat dinding, sliding door, langsir dan sebagainya, sekejap jer boleh settle.

Bab nie paling Sis suka, sebab bab-bab tumpah air nie kerap berlaku.Dulu terseksa sebab terpaksa guna mop manual, sekarang seriously, senang giler.
Selain itu, kita tak payah susah-susah nak beli nak susah-susah beli, pasang atau buang beg kotoran tersebut bila dah penuh sebab Philips SpeedPro Max Aqua tak ada beg kotoran tersebut. Ianya juga didatangkan dengan bateri ion litium 25.2v, bertahan selama 75minit. Lepas tu kalau nak guna lagi kenalah cas semula. Tak susah mana pun. Melalui paparan digital pintar, kita juga boleh tahu tahap kelajuan dan penggunaan bateri.

Gambar nie diambil sewaktu hari pelancaran Philips SpeedPro Max Aqua. Pada hari kejadian pun, sis memang excited sangat untuk memilikinya.Kalau tak dapat pun, sis memang berhajat untuk membelinya.

Serius.. korang kena ada satu, Philips SpeedPro Max Aqua. Rasai sendiri pengalaman pembersihan 3-dalam-1 tanpa wayar yang sis rasa paling pantas serta inovatif. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh layari www.philips.com.my

Pembersihan 3-dalam-1 tanpa wayar yang sis rasa paling pantas serta inovatif
Chop!!! Lupa pula nak bagi tahu tentang harganya. Philips SpeedPro Max Aqua nie berharga RM2,599 dan kalau rasa ‘tercekik’ sedikit untuk membelinya, marilah kita menabung, sebab alah membeli menang memakai. Bukan sebab sis dapat free, sis cakap macam tu. Baca habis dulu, apa sis nak cakap nie.

Ini realitinya ok, sama juga sewaktu sis teringin untuk memiliki Philips Steam Generator Iron dulu.Tak sanggup nak pakai iron biasa untuk menggosok baju. Rasa terseksa sangat. Kalau hantar dobi gosok, RM1 sehelai. Rasa sayang sangat duit, dibazirkan begitu sahaja. Jadi, berusaha menabung. Sikit-sikit lama-lama berhasil juga.

Walaupun harganya mahal tapi sangat berbaloi dan memudahkan diri kita sendiri juga. Kita kan momma-momma yang 'supersibuk". Kalau boleh semua nak serba mudah dan cepat ajer.... Hahahaha..hahaa...

Okay, tak mahu membebel panjang-panjang lagi. Sekian catatan kali ini. Jumpa lagi dan doakan tahu semoga rezeki sis tidak putus.

Rakan blogger, Sally pun menang jugak (kiri) dan yang tengah tu la Kolin Zainal, yang doakan sis menang! Lebiu beb!
Jaga diri, dan dekatiNya selalu!

Lurve,
Sis Anie Mohamed