Setiap hari Sabtu sepanjang bulan Disember ini, korang jangan ketinggalan untuk datang ke Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA).Nak tahu sebab apa? Ada buffet berkonsepkan gerai, ‘ Saturday Hawker Night’ yang cukup ‘superb’!






Korang kena rasai sendiri pengalaman tersebut dan nikmati segala macam jenis masakan dan juga kudapan yang cukup enak. Bertempat di Restoran Royale Songket, Aras G, Hotel Grand BlueWave Shah Alam.

Kalau suka makanan bergoreng bolehlah singgah di gerai BlueWave Delicacies.
Kat sini macam-macam, tak terpilih nak makan yang mana satu dulu hahhaa…. 
10 Gerai Dengan Konsep & Menu Berbeza

Kat situ terdapat 10 gerai yang menampilkan konsep berbeza bersama pelbagai jenis masakan dan kudapan. Ataranya ‘Arabic Tent’, ‘BlueWave Delicacies’, ‘Night Hawker’, ‘Little India’, ‘Texas Ranch’, ‘Penang Street’, ‘Italian Corner’, ‘Nyonya Street’, ‘China Town’, ‘Gerai Sup’ dan ‘Dessert Corner’.


Kalau korang suka makanan dari Timur Tengah yang punya keenakan tersendiri nie bolehlah mencuba menu di gerai Arab Tent iaitu Shawarma bersama Roti Pita dan Roti Naan. Di gerai Night Hawker pula, terdapat Roti John, Keropok Lekor, Popiah Goreng dan Celup-Celup.

Roti John... memang sedap!
Kena nikmati keunikan dan keenakan masakan India. Rugi kalau tak makan!
Bagi menambah lagi kemeriahan bufet malam bertemakan gerai-gerai, masakan India juga ditawarkan di salah sebuah gerai iaitu gerai Little India. Antara menu yang bakal menggugat selera korang ialah Roti Canai, Vadei, Marukku, Dhall, Kari Ikan, Kari Kambing, Kobis Goreng Kunyit, Daging Hitam, Ayam Goreng Berempah, Sambal, Papadom dan Nasi Putih.

Italian Corner, gerai paling laris!!
Penangan Corn Dog!


Bagi peminat makanan Barat, jamu selera korang dengan Foot Long Sausage dan Piza di gerai Texas Ranch manakala Pasta E-Olio, Sos Bolognese dan Bebola Daging Keju Berkrim pula disediakan di gerai Italian Corner.



Tak ketinggalan, rasai juga snek dan masakan kegemaran Malaysia di gerai Penang Street, Nyonya Street, China Town dan gerai Sup. Makanan kegemaran ramai seperti Rojak Buah dan Sotong Kangkung boleh didapati di gerai Penang Street.




Bagi mereka yang menggemari masakan Cina, nikmati Dim Sum, Chinese Pancake dan Mee Wanton di gerai Chinese Town.Selain itu, korang boleh menikmati menu-menu enak di gerai Nyonya Street yang menawarkan Laksa Nyonya Melaka. Di gerai Sup pula, terdapat Sup Tulang Daging Tetel dan Szechuan Crab Meat Soup.




Pemanis Mulut, Tak Sah Kalau Tak Ada!

Selain daripada menikmati suasana gerai yang menaikkan selera, Sis juga turut teruja dengan aneka pilihan pemanis mulut. AntaranyaAir Batu Campur Leleh, Ice Cream, Bubur Jagung Manis dan Aneka Kek.

Fav sis Air Batu Campur Leleh

Hanya Di Bulan Disember Sahaja

‘Saturday Hawker Night’ di Restoran Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam hanya ada pada setiap Sabtu sepanjang bulan Disember ini. Bermula dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Harganya Yang Ditawarkan

RM 69.00+ setiap dewasa,

RM34.50+ kanak-kanak dari 4 tahun hingga 11 tahun

Tempah Sekarang!
Hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan 2723/ 2724/2606
Email:telemarketing@bluewavehotels.com
Website: www.bluewavehotels.com

Sis dan kawan-kawan dah try sebahagian menu-menu di 10 gerai tersebut. Kebanyakannya memang enak!
Okay, selamat menjamu selera!

Lurve,
Sis Anie Mohamed