Suksess! Siapa yang tak mahu, kan? Semua orang nak! Sis pun nak jugak! Tapi, ada tak korang terfikir, kenapalah hidup kita nie tak maju-maju walaupun dah melangkah ke tahun 2020!


Korang nak tahu tak, apa puncanya yang menjadikan hidup kita masih berada ditakuk lama. Tetap tak berubah! Sampai bila nak jadi macam tu, kan… Jadi,apakata mulai sekarang kita ubah. Tinggalkan segala sikap yang membuatkan kita jadi stuck dalam kegelapan tersebut. Wahh… gitewww…

Okay, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan. Tak susah mana pun, tetapi kita tetap kena semangat yang kuat. Kita yang nak berubah, so kitalah yang kena buat semua ini tanpa sebarang alasan ataupun berdolak dalih.




1. Bangun Awal
Jika sebelum ini korang rasa agak liat untuk bangun lebih awal, cuba biasakan. Bangun lebih awal akan membuatkan kita ada banyak masa untuk buat itu dan ini.

Kalau korang nak tahu, rata-rata orang yang suksess tu bangun lebih awal tau. Di saat orang lain sedang enak diulit mimpi, dorang dah pun buat perkara-perkara yang produktif.

Try la praktik, dan korang akan rasa bila kita bangun awal, banyak menda yang boleh kita selesaikan. Kalau sis, pagi-pagi nie otak sis lebih fresh! Kalau nak menulis tu, banyaklah ideanya hahhaa… hahah…



2. Buang Semua Emosi Negatif
Setiap orang mempunya gaya ataupun cara tersendiri untuk menyelesaikan sesuatu. Jadi, jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain.

Setiap daripada kita mempunyai sisi baik, dan setiap kebaikan setiap manusia itu berbeza-beza. Jangan mudah berkecil hati dengan kata-kata ataupun kritikan orang lain. Sebaliknya jadikan ia sebagai dorongan dan energi kita untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik lagi.

Sukar untuk kita mendapatkan energi positif andaikata fikiran kita terus dibelenggu dengan energi yang negatif. Buang semua emosi negatif sampai habis.

Rasakan kepuasannya dan insya-Allah, energi positif yang meresap akan membuatkan korang jadi lebih bahagia!




3. Belum Apa-Apa, Dah Mengalah!
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Belum usaha, belum mencuba apa-apa, dah cakap tak boleh! Never underestimate yourself. Cuba dulu… lagipun gagal sekali, tidak bermakna kita akan gagal selamanya.

Bak kata Albert Einstein, “A person who never made a mistake never tried anything new.”

Selalulah jadikan kekurangan diri kita itu sebagai motivasi dan ambillah aura daripada insan-insan yang telah berjaya dalam hidup mereka.




4. Jangan Terus Hidup Dengan Masa Lalu
Tidak mahu melepaskan kenangan pada masa lalu adalah satu perkara yang membuatkan kita terus hanyut dalam kenangan silam.

Everybody makes mistakes gitew…. Jadi, sebaiknya kita belajar melupakan kenangan buruk itu dan memaafkan diri kita sendiri. Semua tu akan membuatkan lagi cepat dan lagi mudah untuk melupakan kenangan pahit itu.

Opss… kita kena juga belajar untuk memaafkan orang lain yang mungkin pernah menyakitkan hati atau menyusahkan hidup kita.





5. Tebar Kebaikan & Selalu Bersyukur

Apapun halangan dan dugaan yang telah kita tempuh, selalulah ajar diri untuk bersabar dan bersyukur serta yakin bahawa segala perancangan Allah swt itu adalah yang terbaik.

Apabila kita menjalinkan silaturrahim yang baik dengan orang-orang yang penuh kebaikan itu adalah tali rezeki. Secara tak langsung Allah akan tambahkan nikmat kita.

Jadi, selalulah bersyukur dengan apa yang kita miliki kerana itulah yang terbaik Allah bagi kat kita. Teruslah berbuat baik… menebar kebaikan biar sekecil apapun. Ikhlaskan hati dengan apa yang kita buat, apa yang kita beri.

Soal dihargai ataupun tidak, kita tolak tepi! Semoga Allah redha untuk kita. Sesiapa pun tak kuasa untuk menahan rezeki dari Allah untuk kita, tanpa izinNya. Jadi, kita minta dan berdoalah yang baik-baik sahaja kepadaNya.





Okaylah, semoga tahun 2020 akan berakhir dengan penuh makna untuk kita semua. Apa yang sis coretan ini, sedikit sebanyak adalah pesanan untuk diri sis sendiri juga. Mudah-mudahan ia turut memberi manfaat kepada yang lain juga.

Jumpa lagi.

Sayang selalu,
Sis Anie Mohamed

Foto: Sumber Google