Setuju tak kalau nak datang period mesti rasa semacam jer . Mood pun berubah. Mesti rasa nak naik angin atau nak marah jer. Apabila keadaan macam tu, biasanya apa yang akan korang buat?

Kalau sis, sis akan cepat-cepat makan atau jamah makanan yang dikatakan boleh merubah mood kita menjadi lebih baik!


Sis ada baca ada beberapa makanan yang dikatakan dapat mengubati masalah bad mood. So sis pun try laa… Rasa macam menjadi pulak! Hahaha… so sis share dengan korang ok. Bolehlah korang try makan, manalah tau kot-kot serasi pulak.

Kan senang, tak adalah aura negatif terus sebati dalam diri kita. Sebab kalau dah marah atau naik angin, biasanya mulut atau percakapan kita nie lain macam sikit. Selalunya lebih ‘berbisa’ gitewwww….





1. Dark Chocolate
Yang nie sis dah try tau, memang laju jer masuk ke dalam mulut nie. Lepas satu, satu …seronok jer mengunyah. Sedar-sedar dah habis licin hahaha…

Dark chocolate dikatakan dapat meningkatkan hormone endorphin yang membantu membuatkan kita jadi lebih bahagia serta mengurangkan hormone kortisol yang menjadi punca stress.

Selain itu, coklat juga dapat meredakan kerisauan hati serta menambah tenaga atau energi. Hasilnya, mood kita juga menjadi lebih molek. Tapi, sis nak pesan juga, janganlah makan secara berlebihan nanti tinggi pulak jumlah gula dan kalori dalam badan korang. Jadi, bahaya dah pulak...











2. Aiskrim
Hahaahaa… yang aiskrim nih memang sis sukalah makan terutama time panas hati. Sejuk jer aiskrim tu masuk ke dalam tekak. Hahahhaa…. Aiskrim dikatakan mampu merangsang pengeluaran hormone thrombotonin yang dikatakan mampu mengubah suasana hati dan mencegah perubahan mood kita. Secara tak langsung, ia akan menenangkan hati dan perasaan kita.

Aiskrim yang menjadi kegemaran Sis dan Dea Marissa :))

Selalunya, sis beli aiskrim Sundae Cone (plain) sebab Dea Marissa pun memang suka. Terlanjur beli untuk Dea Marissa, sis pun tumpang sekaki lah membedalnya hhahahaa.....

Hati pun jadi bunga-bunga selepas menikmatinya. Hahhaa...




3. Makanan Pedas
Sis memang hantu makanan pedas. Jadi sebab itulah, sis nie jarang nak marah-marah kalau tak der hal yang betul-betul mencabar jiwa dan ragaku. Hee… heheh… 

Sis ada baca, tapi dah tak ingat kata mana. Menurut kajian tersebut, makanan yang digandingkan dengan cili boleh meningkatkan hormone endorphin yang dikatan boleh menaikkan mood serta membuatkan kita jadi lebih bahagia.

Jadi, mulai sekarang korang yang tak berapa suka makanan pedas, belajar-belajarlah yang menyukainya. Mana tahu, mood korang yang selalu tak menentu tu boleh berubah menjadi lebih baik dan cukup menyenangkan. Siapa tahu, kan?




4. Minuman Berkafein


Time rasa nak stress, sis ada juga ambil minuman berkafein. Walaupun bukan peminum tegar, tapi ada waktunya sis memang memerlukan sangat-sangat minuman berkafein ini sebagai pereda stress.Huhuuuu…

Apa yang sis tahu, minuman berkafein macam kopi dan teh boleh menstimulasikan sistem saraf kita. Ia akan membuatkan aliran darah menuju ke otak dan keseluruh bahagian tubuh kita menjadi lebih lancar. Tapi, tak bolehlah kita minum secara berlebihan, nanti akan ada masalah kesihatan lain la pulak.




5. Air Masak
Jangan pandang sebelah mata tau dengan kebaikan yang boleh kita dapat bila minum air masak dengan secukupnya. Kita tak akan terkena dehidrasi yang mana boleh mempengaruhi kemampuan kita untuk lebih fokus.

Janganlah minum air masak ketika kita berasa haus jer. Lagipun semakin banyak kita minum air semakin kurang risiko kita terkena depresi dan juga sakit kepala!

Baca Juga: Kenali 5 Tanda Kita Kurang Minum Air Masak





Itulah beberapa jenis makanan yang selalu sis ambil untuk meningkatkan mood sis. Bagi sis mendapatkan mood yang baik sangat penting sebab kalau mood down, seharianlah rasa macam tak best. Macam tak der mood nak buat apa-apa sepanjang hari. So, kita akan jadi tak produktif langsung dan banyak kerja akan jadi tertangguh.

Tak nak lah macam tu, kan... !!! Pening woooo kalau kerja banyak tertangguh kan… So, selamat mencuba tips tersebut.

Okay, jumpa lagi di catatan yang akan datang. Semoga bermanfaat.

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Foto: Sumber internet