Skipping boleh membuatkan kita jadi lebih sihat tau. Daripada tak buat apa, jom kita main lompat-lompat tali 'skipping'.
Korang tahu tak, melompat dengan tali 'skipping' adalah salah satu senaman ringkas yang ada banyak manfaatnya untuk kesihatan badan kita.Lagipun bersenam bukan sekadar untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik. Bahkan mampu meningkatkan stamina diri serta membantu mencegah tubuh kita daripada diserang pelbagai penyakit.
Walaupun dah lama tak menjejakkan kaki gymnasium, tetapi sis tetap melakukan senaman yang simple-simple kat rumah. Ada masanya sis suka juga main lompat tali. So, jangan ingat budak-budak kecil sahaja boleh bermain skipping. Orang tua-tua pun boleh, asalkan ada kemahuan untuk jadi lebih sihat.
Korang yang tak punya banyak masa, elok sangatlah buat senaman skipping.Lagipun skipping nie korang boleh buat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Di dalam rumah, luar rumah ataupun di satu kawasan lapang.
Begitu juga dengan tempoh melakukannya. Tak kisah, ikut mana yang korang terlarat. Sis buat senaman skipiing ini dengan gerakan yang simple aje iaitu basic jump. Itu aje yang sis larat hahhaa… tak payah nak lompat terlalu tinggi, cuma korang kena lakukan dengan kecepatan yang stabil sahaja.
Biasanya sis akan melakuan senaman tersebut antara 5-15 minit, lepas tu stop sekejap.Kemdian sambung lagi ke sesi seterusnya. Mulakan gerakan yang ringan terlebih dahulu, lepas-lepas tu bila dah ok, korang boleh tingkatkan kelajuannya. Wah giteewww…
Kemudian sambung lagi setakat mana yang sis larat. Tapi kena hati-hati jugak tau, jangan over sangat nanti takut terseliuh pula kaki korang.
Berikut beberapa kebaikan yang boleh kita peroleh apabila rajin main lompat tali (skipping):
1. Membakar Kalori
Gerakan skipping selama 30 minit dikatakan mampu membakar kalori sehingga 3000 kalori. Memang bagus bagi korang yang berhasrat nak menurunkan berat badan. Tapi, kalau nak lebih efektif kenalah seiring dengan diet yang sihat.
2. Mencegah Osteoporosis
Bila dah berumur, osteoporosis memang mudah terjadi kerana massa tulang mulai menurun.Osteoporosis adalah penyakit di mana terjadinya pereputan tulang. Perkara ini lebih berisiko pada wanita yang mengalami menopause.
Senaman ini bagus diamalkan scara rutin sejak muda lagi supaya kepadatan tulang kita akan menjadi lebih baik, sehingga dapat mencegah kita dari risiko osteoporosis.

3. Segarkan Badan
Kalau korang rasa tak larat nak buat senaman skipping lama-lama sangat, boleh jer buat sehari tu dalam 10 minit. Dapat juga korang segarkan badan daripada rasa lemau.
Nak lagi bagus, korang gabungkan senaman skipping tu dengan 15-20 minit berjogging atau berjalan cepat. Elok untuk menjaga kesegaran badan serta meningkatkan kesihatan jantung.
4. Menguatkan Otot
Jangan tak percaya, senaman skipping ini boleh membuatkan otot yang ada pada tangan, kaki dan perut kita menjadi lebih padat sehingga longgokan lemak pada bahagian tersebut akan menjadi semakin berkurangan.
Efek lompatan yang dilakukan secara berulangkali juga akan membuatkan otot paha, kaki,lengan dan bahu kita juga menjadi lebih kuat.
Baca Juga: 6 Makanan Berkesan Bakar Lemak Di Perut
5. Menambah Ketinggian Badan
Senaman skipping ini juga bermanfaat untuk menambah ketinggian badan. Lebih-lebih lagi pada korang yang masih dalam proses pembesaran (remaja).
5. Menambah Ketinggian Badan
Senaman skipping ini juga bermanfaat untuk menambah ketinggian badan. Lebih-lebih lagi pada korang yang masih dalam proses pembesaran (remaja).
Bagi yang masih remaja, jangan lupa buat senaman lompat tali ini kerana dengan melakukan skipping serta ditambah dengan pengambilan makanan yang berzat, tidak mustahil nanti anda akan mendapatkan ketinggian badan yang ideal.
Sis dulu silap, hahah… masa kecil tak berapa aktif skipping. Dah tua baru giler skipping hahhaha…. So, tak dapatlah nak miliki ketinggian yang ideal gitu. Apapun, syukur aje yang penting sihat dan happy selalu.
Okaylah, mudah-mudah sedikit sebanyak perkongsian sis kali ini bermanfaat untuk semua, terutama yang rasa liat nak ke gym atau liat keluar dari rumah untuk bersenam!
Sampai jumpa lagi. Tata.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google
0 Comments