Korang tahu tak pasal penggunaan primer yang dikatakan mampu membuatkan hasil mekap nampak lebih flawless? Actually, sis baru jugaklah tahu tentang kepentingan primer ini. Bila dah tahu nie, kalau pakai mekap sure nak calit-calit juga primer kat muka!


Nak tahu, sebab apa sis suka pakai.Selain dapat membuatkan mekap kita tahan lama, ia juga mampu menyamarkan pori-pori dan juga garis-garis halus yang ada kat muka.Biasalah geng kertu kan… tetap juga selalu nak nampak cantik berseri-seri! Arghh… gitewww…

Cara Betul Guna Primer
Korang tau ke cara yang betul nak menggunakan primer nie? Ke korang gunakan primer nie sebagai alas bedak? Heee hehe…
 
Sebetulnya kalau korang nak tahu primer nie sebaiknya diaplikasikan kat muka setelah korang pakai pelembab atau moisturizer.






Gunakan Setelah Pakai Pelembab
Kalau nak foundation yang korang calit kat muka tu jadi tahan lebih lama dan nampak flawless, cubalah korang gunakan primer lepas korang settle pakai pelembab kat muka .
Biarkan pelembab meresap ke dalam kulit, sekitar 2… 3 minit selepas itu barulah korang pakai primer.
Lepas dah pakai primer, tunggulah dalam 2… 3 minit sebelum korang mencalit foundation, concealer atau yang seangkatan dengannya. Janganlah korang tepek banyak sangat primer tu, ala kadar jer dah cukup. Letak kat dahi, dagu dan pipi, dan kemudian ratakan.

Primer boleh membuatkan foundation tahan lama walaupun dalam kedaan cuaca yang panas. Selain itu juga, penggunaan primer boleh menjaga agar kulit muka kita menjadi tak kering.

Teksturnya lembut dan berwarna pink muda
Tekstur Primer Berbeza-Beza
Apapun korang kena ambil tahu juga tentang pemilihan face primer nie. Pastikan ianya sesuai dengan jenis kulit serta foundation yang ingin korang gunakan.

Kadang-kadang disebabkan primer tersebut tidak sesuai, mekap korang tak adalah nampak flawless ataupun mulus. So, kena pandai pilihlah ok.



Korang boleh juga try HD Liqiud Coverage Foundation dan juga primer daripada Catrice. Sis dah try Catrice Prime and Fine Poreless Blur Primer “Goodby Pores”.
Sis suka!! Teksturnya lembut dan berwarna pink muda dan sangat praktikal kalau kita nak bawa travelling. Best sangat primer nie sebab ia bukan sahaja membuatkan hasil foundation yang sis pakai menjadi tahan lama. 

Malah memberikan efek kulit yang lebih halus. Cuma bab pores blur tu, efeknya tak nampak sangat kat muka sis sebab pori-pori yang ada kat muka sis tidak terlalu besar.

Lagi satu nak sis nak share, ada masanya bila sis malas nak pakai foundation, lepas pakai pelembab dan juga primer, sis sis akan pakai loose powder sahaja. Kombinasi pelembab, primer dan loose powder tetap membuatkan kulit muka terasa lebih halus dan ringan.




Okaylah, sekian sahaja perkongsian calit-calit cantik daripada sis. Maklumlah sejak-sejak masuk kelas mekap nie, bersemangat pula nak menulis bab-bab mekap ini.


Produk Catrice kini mendapat tempat di hati Sis. Harganya pun Ok sangat!

Oh ya, kalau ada yang naik join small group kelas mekap, roger-roger ok. DM sis ya. Semuanya bisa diatur.

Sampai jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed