Ramai tak yang suka makan bunga kantan? Kalau ada, “yess” kita memang geng! Hahaha… Bunga kantan ini kalau digandingkan dalam masakan asam pedas, kuah laksa, gulai tempoyak atau sambal tempoyak, perghhh!! Memang sedap tak terkata!


Bunga Kantan

Kuatnya Aroma Bunga Kantan 

Bagi yang baru pertama kali mengenal rasa pokok herba, pokok bunga kantan ini, pasti akan terasa pelik. Aroma bunga kantan ini sangat kuat, dan inilah yang meninggalkan keunikan pada setiap masakan yang dinikmati.

Kalau masak gulai tempoyak, sambal tempoyak, kuah laksa ataupun asam pedas, sis suka letak. Buat ulam pun sedap cicah dengan sambal belacan pun ‘marvelous’.Baunya itulah yang menggoda nafsu makan. Mahu sis tambah perpinggan-pinggan okey!

Batangnya Pun Berguna!


Kalau sis, bukan kuntum bunga kantan jer yang sis ambil tau. Batang kantan yang keras tu pun berguna untuk dimasukkan dalam kuah (terutama kuah laksa). Batang tu akan memberikan aroma yang cukup enak pada kuah laksa. Heee.. hehe…

Oh ya, dicelah kenikmatan rasanya yang unik, masih ramai yang tak tahu kebaikan atau khasiat bunga kantan ni. Untuk kesihatan badan memang bagus sangat.

Baca Juga:





Bunga Kantan


Di kampung halaman sis, pokok bunga kantan memang mak sis tanam. Biasalah orang dulu-dulu, segala pokok herba ditanamnya.Tujuannya bukan hanya untuk mengenyangkan perut, tetapi juga sebagai ubat atau penawar pelbagai penyakit.

Macam pokok bunga kantan, khasiatnya dapat membantu badan menjadi lebih sihat. Berdasarkan beberapa info yang sis baca, berikut beberapa khasiat bunga kantan.

Check it out! Khasiat Bunga Kantan

Bunga Kantan

1. Melancarkan Perjalanan Darah

Bunga kantan kaya dengan mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium yang mampu melancarkan perjalanan darah dalam badan.

2. Menghilangkan Bau Badan


Di dalam bunga kantan dikatakan mengandungi zat aktif seperti flavonoid, saponin dan polyphenol yang efektif untuk menghilangkan bau yang menyengat pada badan. Jadi, sebab itulah bunga kantan boleh menjadi deodorant semulajadi.

3. Menambah Tenaga

Meskipun rendah kalori, tetapi bunga kantan ini mengandungi karbohidrat yang sangat tinggi sehingga mampu menjadi sumber tenaga atau energi tubuh.

4. Meredakan Sakit Kepala

Sebenarnya masalah sakit kepala dan migraine nie sering menyerang sis sejak dahulu lagi. Salah satu petua mak, untuk meredakan kesakitan tersebut adalah dengan menikmati bunga kantan.

Kunyah-kunyah atau buat ulam bila sis dah start rasa mual, macam nak muntah atau pening.Kadar magnesium yang terdapat dalam bunga kantan ini dikatakan dapat mengatasi migraine serta meredakan kesakitan efek tersebut.

Itulah antara kebaikan atau khasiat bunga kantan untuk kesihatan badan yang sis tahu. Nanti-nanti sis share Resepi Sambal Tempoyak Bunga Kantan okay. Selamat menikmati!