Bulan Februari dah nak berakhir, bahang untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan makin hari makin terasa. Jom, kita tengok apa yang best kalau berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre, Jalan Bukit Kiara, KL ini.


Dengan tema yang sedikit berbeza daripada tahun lepas, Sime Darby Convention Centre membawakan kelainan menerusi “Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet Dinner”. Pelbagai hidangan enak merangkumi masakan Melayu, Cina, India dan juga antarabangsa yang pastinya mengikat selera berbuka korang sekeluarga. Terdapat 20 buah gerai di Restaurant Halia. Mahu tak rambang mata nanti dibuatnya.


Pelbagai menu yang menjanjikan keenakan rasa

Ruang mejamu selera yang cukup menenangkan

Cuma satu jer sis nak pesan, nanti masa korang ambil makanan untuk berbuka puasa tu, ambil apa yang korang nak makan sahaja ya . Bukan apa, untuk mengelakkan sebarang pembaziran. Masa korang senduk makanan tu, pandai-pandailah bajet ok. Kalau ikutkan nafsu, semua makanan tu kita nak rasa padahal memang tak larat nak merasa kesemuanya. 






Nasi Kambing Bukhara

Jadi, sebab itulah kena berbuka puasa dengan pilihan menu yang ringkas, kemudiannya barulah menikmati hidangan yang berat sikit macam Nasi Kambing Bukhara, Nasi Saffron dan lain-lain lagi.

Bagi sis la kan, memang menarik segala menu untuk buffet Ramadhan di Sime Darby Convention Centre nie. Harga yang ditawarkan pun ok sangat. Jadi, kalau korang berhasrat nak berbuka puasa kat sini, eloklah grab promosi early bird tu.

Mengapa mesti kita bayar lebih, senangkan kita boleh berjimat!




Harga yang ditawarkan bermula dari RM99++ (per person). Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun serta warga emas dikenakan RM69 nett (per person). Manakala kanak-kanak 5 tahun ke bawah, PERCUMA ok! Buffet Ramadhan ini bermula dari jam 7 malam hingga 10.30 malam.


Baca Juga: Resepi Ayam Percik Dua Versi

Pencinta masakan Cina, wajib cuba menikmati segala menu di China Treasures nih

Kalau rasa beralih selera sikit, bolehlah ke China Treasures (harga rujuk poster di bawah). Kot-kot korang nak makan dim sum. Tak pun, boleh juga pekena steamboat & grill kat D’Atap Gazebo Steamboat. (harga rujuk poster di bawah). Yang nih, paling sis suka! Hahahaaaa….

Ataupun korang boleh jer hubungi no tertera ini untuk tempahan buffet Ramadhan tersebut:
03-20893799 atau emel ke: halia.sdcc@simedarbyproperty.com


GRAB! PROMOSI EARLY BIRD














Insya-Allah, tahun ini sis memang plan untuk berbuka puasa di sini bersama keluarga. Nak ulang rasa kembali keenakan udang telur masin, satay, otak-otak, ikan bakar, sotong berlado petaimperutb masak kalio dengan rebung,  dan banyak lagi. Hehehehe…. Uih.. sedap..hahaha…



Ikan Bakar 
Tak lengkap jika tak ada menu kambing bakar 
Gulai Tempoyak Patin
Kuih muih/pemanis mulut  bermacam jenis
Boloi Thai 
Tapai Pulut 

Ok, beli baucer awal-awal tau dan kita jumpa ifftar nanti di Sime Darby Convention Centre, Jalan Bukit Kiara, KL! Hehehe... tak sabarnya !!! 





Lurve,
Sis Anie Mohamed