Korang biasa tak diserang stress? Sis percaya, setiap daripada kita pasti ada rasa stress walaupun tanda-tanda stress nie berbeza-beza pada setiap orang. 


Faktor atau punca stress nie pun ada bermacam-macam dan setiap individu pasti mempunyai masalah dalam kehidupannyaTerlalu memikirkan keperluan keluarga sehari-hari, masalah kerja, masalah kesihatan, masalah kehidupan sosial atau masalah kewangan pun boleh menjadi pendorong stress melanda.

Meskipun nampak macam tak berbahaya namun efek atau kesan stress nie mampu mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal manusia.Sebaiknya kita cuba hindari penyebab stress agar dapat menikmati hidup sihat dan bebas daripada penyakit.

Berikut beberapa tanda-tanda stress yang perlu korang perhatikan:




1. Sakit Kepala
Sis nie kalau stress, memang cepat jer diserang sakit kepala. Rasa berdenyut-denyut terutama kat sekitar dahi, tepi kepala atau belakang kepala.Kadang-kadang melarat sampai ke leher dan bahu.

Ketika stress otot-otot di muka, leher dan kulit kepala akan menjadi tegang. Apatah lagi apabila otak kita terus berfikir tanpa henti. Biasanya kalau dah kena sakit kepala nie, nak buat apa pun tak boleh. Sis jadi sensitif terhadap cahaya dan juga bunyi/suara.

Menelan ubat sakit kepala, bagi sis itu adalah jalan terakhir kalau dah tak baik-baik jugak sakit kepala tu. Selalunya, sis akan beristirahat tanpa menyentuh komputer ataupun telefon bimbit buat seketika waktu. Hahahhaa…. 

Di samping tu, sis akan mintak anak tolong urut bahagian belakang kepala dan leher. Tak pun buatlah senaman pernafasan dalaman. Breath in , breath out! Hahahah…




2. Tetiba Tumbuh Jerawat

Jerawat adalah salah satu tanda yang paling mudah untuk dilihat apabila seseorang itu stress. Nie pun salah satu pentanda yang sis sedang stress. Tak ada hujan, tak de ribut, empat lima biji jerawat besar tetiba jer tumbuh kat sis dahi. Huhu… makin stress la dibuatnya!

Ini adalah kerana orang yang sedang mengalami stress dikatakan lebih kerap memegang mukanya. Tangan yang menyentuh mukanya itu belum tentu dalam dalam keadaan bersih sehingga terjadinya jerawat.





3. Cepat Penat

Memang pun! Bila tengah stress kita akan jadi lebih cepat berasa penat. Semua ini berkaitan dengan kualiti tidur yang kurang baik. Orang yang mengalami stress terlalu memikirkan sesuatu sehingga sukar untuk melelapkan mata di malam hari.

Sis tak nafikan kenyataan ini sebab sis pun mengalami keadaan sebegini. Time stress, alahai memang sukar mata nie nak lelap. Fikiran pun merawang ke sana sini. Semuanya serba tak kena. Pusing kanan, member sebelah dah pun lena beradu suratan hahhaaa….

Akhirnya terkebil-kebil sendiri, dan entah jam berapa baru mata ini terlelap sendiri. Apabila tidur tak cukup, bila bangun di keesokan paginya badan pun rasa tak fresh dan lemau semacam.

Di samping cepat penat, kalau stress sis mudah juga kena sakit perut, tercirit-birit. Hahhaha… kadang-kadang, rasa loya macam nak muntah pun ada. Begitulah hebatnya penangan stress nie tau.




4. Ulser

Kalau sis la kan, sikit jer stress akan muncullah ulser di mulut atau di bibir.Lagi banyak otak nie berfikir macam-macam, lagilah rasa stress. Tak lama lepas tu, ulser pun tumbuh. Lagi stress, lagi merata!

Untuk mencegah atau menyembuhkan ulser nih, sis perlu mengawal rasa stress tu. Kena bertenang, relakskan diri, secara tak langung daya ketahanan tubuh yang lemah kembali kuat. 

Baca Juga: 6 Petua Berkesan Hilangkan Ulser

Apapun kita kena bijak dalam menangani stress supaya tidak terkena penyakit serius seperti sakit jantung dan diabetis.Amalkan gaya hidup sihat dan buat aktiviti menyenangkan yang boleh mengurangkan stress. 

Biar kita rasa positi, penuh semangat dan sentiasa tenang dalam hidup. Andaikata kita tidak mampu untuk menanganinya sendirian, kongsikan dengan orang-orang terdekat yang kita percayai atau dapat rawatan sewajarnya.





Sekian dulu catatan sis kali ini. Semoga cerita tentang tanda-tanda stress ini bermanfaat untuk korang semua. Eh, jangan lupa juga luangkan waktu sejenak untuk jernihkan fikiran daripada segala punca yang mengundang stress. Hindari penyebab stress untuk hidup sihat! Gitewwww…

Jumpa lagi. Tata.

Lurve,
Sis Anie Mohamed

Foto: Sumber Google